Loading...

Sunday, 15 July 2012

APPLE CRANBERRY MUFFINS..




Hmm..apple lagi...tak tau mana datang idea nak buat muffin yang ini..tapi inilah hasil eksperimen terbaru hehe

1. Prepare apple filling

Masak 3-4 biji apple dengan 1/2 cawan gula perang
* tambah 1 sudu kecil tepung jagung kalau nak ia jadi sedikit gel

2. Dry Ingredient..

Campur dan gaul..

a. 2 cawan tepung
b. 1/2 sudu kecil baking powder
c. 1/2 sudu kecil baking soda
d. 1 sudu besar serbuk badam (almond)

3. Wet Ingredient

Campur dan pukul kuat

a. 1 biji telur
b. 1/2 cawan gula (saya suka gula perang)
c. 1/4 cawan minyak jagung
d. 1/2 - 3/4 cawan susu

4. Masukkan wet ke dalam dry dan gaul rata. Seterusnya masukkan cranberry kering (dijual di pasaran yang 'ready-to-eat') dan sedikit parutan kulit oren (optional).

5. Masukkan adunan ke dalam muffin cup, lebih kurang 3/4 ketinggian, kalau isi penuh nanti melimpah..

6. Letakkan 1 sudu kecil apple filling di tengah dengan berhati-hati..

7. Tabur kepingan badam sebagai hiasan





8. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 15- 20 min. Lepas itu kira dh siap untuk di makan..




eh..kata cranberry..mana cranberry??...

ok koyak sikit..o0o0o tu dia menyorok.. hihi





Saturday, 14 July 2012

NASI TOMATO-TOMATO...TOMATO MAN.. ^_^


Lunch weekend..nak masak apa?..tiba-tiba rasa teringin pulak nk masak nasi tomato..
Maka bonda bagi resepi..

APA NAK SEDIAKAN DULU...


1. Bahan Tumis 

Hiris halus bahan berikut:-

1 biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Sedikit halia 
kulit kayu manis
bunga lawang

2. Tumis dengan sedikit minyak dan masukkan....

Pati Tomato

3-4 sudu besar tomato puree
1 biji tomato -> potong kiub kecil2

3. Masukkan 2 cawan beras (mestilah yang telah bersih) dengan 1 3/4 - 2 cawan air serta secubit garam dan gaulkan.

4. Bila nampak nasi hampir masak, masukkan...

a. Carrot parut
b. Kismis
c. Kacang gajus (jika ada)
d. Daun bawang dan daun saderi
e. Daun pudina (jika ada)

Gaul dan gembur-gemburkan nasi sampai betul-betul masak..

Lengkapkan dengan ayam masak merah. ^_^






KUIH KETAYAP..



Kali ni nk buat kuih tradisional yg simple sikit....Kuih Ketayap..walaupun simple tapi perlu catatan untuk simpanan. Dalam internet ada banyak jenis resepinya, tapi yang ini resepi bonda..simple..(sudah ada 3 kali simple di situ).. ^_^

MULA2...BUAT INTI DULU..

1.  3/4 cawan Gula Melaka / *Gula Perang dengan sedikit air untuk larutkannya  bersama 1 helai Daun Pandan..<-- untuk wangi.

*better kalau yang gula Perang Malaysia, bukan yang macam brown sugar

2. Masak 1/2 biji kelapa parut dengan air gula tadi..Masak hingga kelapa parut dan gula sebati dan kering..ok dah letak tepi dulu. 

LEPAS ITU...BUAT KULITNYA..

1. Campur dan gaul kan bahan-bahan berikut:-

a. 1 biji telur
b. 3-4 sudu besar  gula
c. 1 cawan santan
d. 1/2 cawan tepung
e. Air pati pandan (1/4 cawan lebih kurang) / pewarna hijau (2 titik)
f. secubit garam (optional)

2. Panaskan pan atau kuali

Letak sikit minyak masak..guna daun pandan yang disimpul..

Tuang satu senduk ke dalam kuali dan layangkan (bukan terbang melayang..) atau pusing supaya adunan nipis dan rata membentuk bulat.

Masak dengan api perlahan dan perhatikan....bila tepi-tepi kepingan adunan dah terangkat sikit..alih kepingan itu. 

Bila kedua belah dah masak angkat dan letak ini..lepas tu..gulung..gulung..dan gulung lagi..

ok dah..siap tersedia untuk sarapan atau minum petang..lalala..