Loading...

Monday, 29 October 2012

RAISIN OATMEAL LOAF BREAD



Oat Raisin Bread Loaf


Disebabkan terlalu banyaknye oats kt rumah, maka macam masakan perlu direka untuk nak habiskan. ye lah oats bukan nasi yang tiap hari nak makan. Maka mula lah berangan nak buat roti oats yang konon2nya perasan yang resepi kita cuba kali ni rotinya jadi high fiber gitu hehe.
Step buat roti macam biasa.....
1. Hidupkan yis
- 3 Tsp Yis
- 1 Tsp Susu
- 1 Tsp Gula
-1 Tsp Tepung
Campurkan dengan air suam dan tutup sampai yis berbuih
2. Bahan Basah
-2 Biji Telur
 -¼ Cawan Gula Perang + 1/4 Cawan Gula Putih
-¼ Cawan Minyak Jagung
-1/2 Cawan Susu
Pukul Sehingga Kembang

3.  Dry
3 ½ Cawan Tepung Gandum
 1 ½ Cawan Oat
Raisin- Suka Hati Banyak Mana
Gaul Rata
4. Campurkan Yis Ke Dalam Bahan Basah 
5. Campur gaul bahan basah ke dalam tepung. (tuang di tengah).
6. Gaul..gaul.. dan uli..uli.. lagi.  Biarkan ditutup dan diletak atas air suam. Tunggu sejam lebih supaya ia naik dan bila cucuk jadi begini.


7. Uli atas papan leper dan gulung adunan sampai bentuk seperti bantal (boleh imagine ke). Masukkan ke dalam bekas Loaf. Tutup dan biar lagi sampai dough naik berganda-ganda.

wokeh bila dah naik. Boleh bake 15-20 min pada suhu 150C.

ok dah siap. lalala \(^_^)/