Saturday 24 November 2012

CARROT CAKE WITH CITRUS TOPPING



Testing..testing..dah lama sangat teringin nak buat carrot cake..sebab ia memang kek yang paling digemari..rasa dia full dan sedap..apatah lagi selepas jeles kakak buat carrot cake yg sangat sedap sempena Hari Raya AidilAdha yang lalu...lagi sedap dari carrot slice secret recipe punya.. (ini adalah berdasarkan deria rasa saya la..)..di bawah adalah gambar carrot cake kakak saya yang saya sangat cemburu dan jadi pemangkin untuk cuba juga. 




Lets check it out bahan-bahan yang diperlukan..

Bahan Kering  : 1 1/2 cawan tepung + 1/2 sudu teh baking soda (di ayak bersama dan letak tepi dulu)

Bahan Utama  : 

1 biji carrot (lobak merah) di parut atau 1 cawan 

Kismis hitam dan kismis kuning (salah satu pun ok. kuantiti adalah ikut suka hati)

Kacang walnut di potong kecil-kecil

Parutan kulit oren (saya cuma ambil 1/2 biji bermakna sebelah muka sahaja)...saya ada ambil sedikit parutan lemon tapi sikit sahaja. 

1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis..(my fav cinnamon) dan sedikit serbuk buah pala (kalau tak payah letak)





Bahan Basah : 2 biji telur + 3/4 cawan gula perang + 1/3 cawan minyak jagung ---> dipukul sehingga sebati

OK DAH BOLEH CAMPUR ADUK..

Bahan kering dimasukkan ke dalam bahan basah..dan gaul sehingga sebati

Masukkan bahan utama (carrot and da geng)..dan gaul lagi sehingga betul-betul sebati.

Tuangkan ke dalam bekas yang telah di sapu mentega/marjerin (bekas yang saya guna adalah kecil jadi kuantiti resepi juga adalah kecil)



bakar 150C lebih kurang 25-30 minit. periksa guna lidi untuk lihat kek dah masak ke belum. (tak apa melekat di lidi maka dah masak lah jawabnya).

CITRUS CREAM TOPPING

Selal kalau carrot cake mesti topping adalah cream cheese..jadi untuk kelainan bagi yang tak suka cheese kerana rasa agak muak..saya pilih krim yang ada unsur buahan citrus

1.  1/4 cawan  shortening + 1/3 cawan mentega + 1/3 cawan gula icing + 1 sudu perahan lemon ---> dipukul hingga kembang

2. Masukkan 1/4 cawan whipped cream (kalau takda boleh juga guna susu full cream) 

3. Masukkan parutan kulit oren dan lemon dan sapu rata atas kek setelah kek disejukkan. 

4. Inilah hasil yang termampu.. ^_^


hmm..why my carrot cake tak golden brown yer..wondering...next time boleh cuba lagi supaya warnanya naik perang cantik..

Saturday 17 November 2012

PANDAN COCONUT SWISS ROLL WITH FRUIT JAM- TANPA OVALETTE



Kegilaan membuat swiss roll menjadi-jadi bila dah berjaya. Di hujung resepi swiss roll sebelum ini ada saya nyatakan untuk mencuba pula perisa pandan dan letak jem seperti yang bonda ingini. Maka kali ini saya cuba menghasilkan swiss roll dengan perisa tradisional dengan teknik tradisional juga iaitu tanpa menggunakan bahan ovalette. Terdapat pelbagai cara yang sering digunakan, samada telur putih dan telur kuning dipukul asing dengan kuantiti yang sama atau berlainan dan ada juga teknik telur putih dipukul asing di gabung dengan telur penuh yang dipukul. Haishh..payah juga nak terang. Tapi resepi di bawah ini adalah resepi yang saya try an error berdasarkan prinsip asas di mana kalau nak buat kek span, chiffon atau swiss roll, telur putih mesti dipukul dengan gula sehingga naik kembang...

MULAKAN DENGAN..

A. BAHAN KERING

1. Ayak 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking soda + 1 sudu teh baking powder. Ok letak tepi.

B. BAHAN BASAH

2. Pukul bahan-bahan berikut mengikut turutan (guna hand/stand mixer/ kalau kuat boleh guna tangan).

- 2 biji telur kuning
- 1/4 cawan gula castor
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 sudu teh emulco pandan kelapa (emulco = perisa + pewarna) --> emulco juga kene pastikan halalan toyiban :)


3. Masukkan bahan kering (A) ke dalam bahan basah dan gaul rata sehingga hasil begini...


C. ADUNAN PUTIH TELUR --> What makes it spongy....

4. Pukul 5 telur putih* dengan 1/4 cawan gula castor (saya guna gula icing sebab tiada stock gula castor kalau guna gula biasa bimbang tak hancur habis dan kasar). Pukul pada speed tinggi sehingga ia naik jadi  begini.

.


* mana pergi telur kuningnya? (boleh ambil dan masak butter prawn hehe : p)

5. Masukkan putih telur ke dalam adunan hijau tadi dan gaul sehingga ia bergabung. Memang susah sebab telur putih seperti buih dan sukar nak sebati.

6. Tuang dan rata kan atas dulang pembakar yang dilapik dengan 'parchement paper' (kertas serap minyak ini boleh dibeli di kedai jual barang-barang bakery).


7. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15 min sahaja. 


8. Setelah siap, sejukkan sebentar dan guna parchment paper lagi sekali untuk terbalikkan ia. 

9. Sapu jem kegemaran dan tabur sedikit kelapa kering (desicated coconut).


10. Gulung perlahan-lahan dan simpan sebentar dalam peti ais. (Kalau jem sebnearnya tak perlu simpan pun takpa).

Kemudian potong dan makan!!

* Please note that, kandungan lembapan dalam jem terutama jem pilihan saya ini yang agak juicy boleh menyebabkan tekstur spongy berkurang kerana ia serap lembapan dari jem dan swiss roll kelihatan agak 'kurus' dan kelihatan kurang cantik dan kurang komersial. Tapi yang penting bagi orang yang suka makan adalah.....rasanya tetap sedap lagi enak hehe ^_^


Thursday 15 November 2012

COFFEE SWISS ROLL WITH STRAWBERRY FILLING.. ^_^


INTRO SIKIT DULU..

Hmmm..bila tengok gambar swiss roll dengan bermacam perisa dan inti..teringin nak buat juga secantik dan nampak sedap macam dalam gambar..Dah lama betul berangan nak buat swiss roll ni..tangguh punya tangguh akhirnya tercapai gak angan2 ni. Cara pembuatan swiss roll dengan teknik tradisional adalah agak rumit (rumit bagi saya), di mana telur putih dan telur kuning dipukul secara berasingan dengan gula, campuran telur kuning dan gula tadi, dicampur dengan tepung, minyak sayuran dan bahan-bahan yang berkaitan seperti perisa, kemudian barulah dimasukkan telur putih dan gula yang dipukul kembang itu. (bila sebut pukul/putar = gunakan hand atau stand mixer). Kalau berminat nak tahu teknik tradisional ni boleh tengok je u-tube, dimana omputih yang buat homemade baking akan selalunya guna bahan asli instead of ramuan komersial untuk percepatkan masak.

TESTING GUNA PRODUK RAMUAN KOMERSIAL

Tapi dengan menggunakan satu jenis ramuan komersial iaitu ovalette, cara membuatnya boleh shortcut. Tapi...pastikan ovalette yang dibeli adalah halal ya..pilih label produk yang bukan sahaja ada logo JAKIM (ada no. siri lebih terjamin InsyaAllah) tapi label yang juga ada bahan-bahan asal ovalette. Ini mungkin jaminan yang pengilang tidak menipu pengguna 100%. ovalette yang tidak halal atau shubhah mungkin menggunakan pengemulsi daripada sumber haiwan. Yang sebenarnya ada banyak lagi ramuan komersial seperti ini yang jatuh dalam kategori syubhah antara yang sering digunakan adalah bread improver, dough softener, cream of tartar, emplex (maaf kalau salah eja hehe ) dan macam-macam lagi. Bahan-bahan dalam ramuan ini biasanya terdiri daripada enzim, pengemulsi dan penstabil yang tidak jelas/pelbagai  sumbernya. Search dan gali menggali lah lagi jika nak tahu lebih lanjut. Jika berkesempatan, saya akan usaha sekadar termampu untuk mencari info dan muatkan dalam blog ini.

Owh.. dah terkeluar topik pula.. lets start..

A. ADUNAN SWISS ROLL (coffee flavor)

1. Pukul bahan-bahan berikut sehingga kembang..

- 4 biji telur
- 1/3 cawan gula castor
- 1 sudu kecil ovalette

2. Masukkan 1 sudu kecil coffee emulco dan pukul lagi.

3. Masukkan pula lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan minyak jagung dan pukul (putar) lagi sehingga kemban

4. Akhir sekali masuk 1/2 cawan tepung yang diayak bersama 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh baking powder pukul lagi sampai kembang dan adunan agak cair

5. Tuang ke dalam bekas pembakar yang dilapisi 'parchment paper' (sukar juga nak cari kalau bukan di kedai jual alat bakeri). 


6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakor lah..selama lebih kurang 15 minit dengan suhu 150C. 


orait dah siap!! biarkan sejuk sebentar. Sementara tunggu boleh sediakan inti. 

B. FILLING

Cara membuat krim ada pelbagai cara tapi respi yang saya pilih adalah seperti dibawah:

1. Pukul hingga kembang 1/4 cawan shortening + 1/3 cawan mentega + 1/3 cawan gula icing + 1 sudu teh perahan lemon (perasa asli lebih sedap)

2. Masukkan 1/4 cawan susu (guna whipped cream jika ada) sikit demi sikit sehingga hasil akhir jadi begini (nampak ke?)..

Now you can feel the filling...................


3. Potong buah strawberry kecil-kecil. Kurangkan air pada buah yang tekah dipotong dengan menapis. Kandungan air pada buah boleh burukkan rupa inti swiss roll dan juga cepat menyebabkan dia basi. 



C. MASA UNTUK MENGGULUNG DAN MENGGULING.....

1. Setelah kek swiss roll sejuk, Letakkan parchement paper di atas dan terbalikkan. Ini supaya permukaan yang agak kasar diletakkan krim, manakala permukaan yang licin berada di bawah supaya bila gulung nanti, permukaan licin berada di atas. (issy payah benar nak terangkan). 

2. Sapu krim dengan rata dan susun buah begini. Pastikan tiada barisan buah pada lipatan terakhir.


3. Gulung dengan hati-hati dan kejap kerana terkasar sedikit boleh pecahkan lapisan kek. (sebab tu roll saya ni tak berapa nak roll :P) * Gulung bersama parchement paper supaya ia kek mudah dibentuk dan boleh disimpan. 

4. Lepas gulung dan guling, simpan ke dalam peti sejuk lebih kurang sejam supaya krim tadi boleh beku dan jadi seperti gam pada swiss roll. 

5. Last but not least...potong dan makan la.. \(^.^)




Angan-angan seterusnya adalah membuat swiss roll dengan perisa pandan, sapu jem dan kelapa kering (desicated coconut) di dalam. Dengan harapan bonda yang tak suka krim akan suka swiss roll versi sapu jem..InsyaAllah akan usaha juga buat nanti..(^_^)/ daa...

Saturday 3 November 2012

OATMEAL COOKIES 2.0


Ermmm... oat..oat..dan oat..lagi, kali ni nak cuba lagi versi baru biskut oat..dan kali ni betul2 puas hati banding dengan resepi biskut oat yang sebelum ni..simple jer...

BAHAN BASAH

¾ shortening
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar madu
1 biji telur
¼ cawan air

Campur dan Pukul sampai kembang..

BAHAN KERING

Gabungkan (1 cawan tepung gandum + ½ tsp baking soda + ½ tsp baking powder + 3 cawan quick cooking oats)
1/2 cawan kismis*
½ cawan choc chip*
1 cawan walnut/almond potong kecil (chopped)*
*Added ingredient adalah sesuka hati nak letak banyak mana

Campur dan Gaul sampai sebati
Bentukkn guna sudu atau tangan dan letak atas baking pan yang dah dilapisi marjerin


Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.


Sejukkan di atas rak sebentar. 


ok dah boleh start munching...