Friday 25 January 2013

ROTI PANDAN KELAPA KISMIS



Sempena Maulidur Rasul baru-baru ni, ada melawat family abang. So fikir nak masak apa untuk kanak-kanak ni..hmm..buat roti best juga..dah lama tak buat roti. Maka heret la segala macam ramuan ke rumah abang. itu pun tidak semua. Bila dah sampai rumah abang, jadi segan pula nak minta banyak dan macam, maka ini lah roti sempoi yang mampu dibuat. Tapi resepi yang saya tulis balik ni yang dah 'improve' sikit supaya rupanya lebih baik dari dalam gambar di atas hehe..

Mula-mula...

A. Hidup kan yis..

1 sudu besar yis + 1 sudu besar gula + 1 sudu besar tepung* + air suam

Kalau campuran ni, nampak yis susah nak hidup, boleh tambah lagi tepung. (hmm..susah juga nak terangkan dengan tepat, sebab perlu belajar dari pengalaman, bila dah biasa buat, maka boleh anggar jumlah setiap satu)

Lepas tu...

B. Campuran Bahan Basah

1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan susu
3. 1/2 cawan gula
4. 1/4 cawan minyak jagung
5.1/4 cawan serbuk santan kelapa
6. 1 sudu teh emulco pandan

Pukul kuat sampai kembang..

Kemudian..

C. Bahan Kering (gaulkan)
1. 3-4 cawan tepung
2. kismis (hitam dan kuning)
3. Cranberry (kalau suka)
*jumlah kimis dan cranberry adalah ikut suka banyak mana tapi lebih kurang 1/2 cawan sudah cukup

--> Anak-anak abang saya ada yang suka kismis dan ada juga yang tak suka..maka jumlah yang saya letak agak kurang.

D. Gabungkan dan uli..

1. Masukkan A ke dalam B dan gaul

2. Buat lubang di tengah-tengah C dan gaul dan uli sehingga bentuk bantal seperti di bawah...

Tutup dan tunggu sekurang-kurangnya sejam untuk naik kembang....



Bila dah kembang boleh bentuk-bentuk...

Adalah lebih baik letak roti dalam bekas yang lebih besar supaya dia mudah untuk kembang dengan baik..berbanding kesilapan percubaan saya untuk letak dalam muffin pan (dengan harapan boleh naik dan bentuk macam cendawan, tapi kurang menjadi) huhu..







Sebelum bakar, boleh sapu sedikit mentega atau telur dan taburkan sedikit 'desicated coconut'..

* saya tidak menyapu telur kerana segan nak minta bahan-bahan lagi hehe..janjinya sebiji je telur...susah juga masak kat rumah orang kan..heheh

Bakar lebih kurang 15-20 minit pada suhu 150-170C.

Maka begini lah hasil yang terdaya..


Hmm..permukaan atas kurang menyerlah...golden brownnya huhu

Di bawah adalah contoh roti pandan yang pernah dibuat sebelum ini..(alamak tak susun comel-comel plak..)


Roti pandang kalau sapu atau letak inti sekaya memang sedap dan terangkat uols.. ^_^

Wednesday 2 January 2013

LEMON OREO SWISS ROLL



Sebagai pembuka tahun baru 2013, rasa teringin nak lakukan satu inovasi kepada swiss roll supaya ada kelainan sikit..lembut di luar, rangup di dalam. Maka dengan menggunakan segala bahan-bahan yang sedia ada di rumah. terhasil lah resepi merepek saya..Lemon oreo swiss roll.

Sekejap je nak buat sempat lagi buat selepas breakfast awal pagi 1 Jan 2013..Maka bahan-bahan dan caranya adalah seperti di bawah..

A. Mula-mula..prepare adunan swiss rollnya..

1. Campur dan adunkan bahan-bahan basah berikut sampai sebati

3-4 biji telur
1/3 cawan gula castor
1 sudu teh ovalette
1/3 minyak jagung/bunga matahari (minyak yang light)
2-3 sudu besar perahan lemon bersama sedikit parutan kulit lemon

2. Masukkan bahan kering di bawah dan adunkan lagi sampai sebati (tekstur memang agak cair banding kek biasa)

1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder

3. Memandangkan saya nak rupa atas swiss roll ni kelihatan cantik sikit maka saya guna teknik marble.
Caranya 1/4 daripada adunan tadi ditambah 1 sudu besar serbuk koko

4. Tuangkan adunan utama tadi sehingga rata dan diikuti adunan yang telah dicampur serbuk koko di atas baking pan yang telah dilapik dengan parchment paper. Pepandailah buat corak ~~~


5. Bakar selama 15 minit pada suhu 150C di dalam oven yang telah dipanaskan selama 5 min. (jangan terlalu nampak keperangan)


B. Inti (filling lemon oreo)

Untuk buat krim, formula sama macam sebelum ini.

1. Pukul 1/4 cawan shortening + 1/3 cawan mentega + 1/3 cawan gula icing + 1 sudu teh perahan lemon. Kalau nak lagi 'kick' tambah dalam 1 sudu besar atau guna flavor lemon terus (tapi saya prefer lemon fresh)

2. Masukkan 1/4 cawan susu dan pukul lagi sampai jadi tekstur krim.

3. Tambah sedikit parutan kulit lemon dan oren

4. Hancurkan biskut oreo. (kalau nak ramas biskut ni masa tengah geram, memang ok lah sangat hikhik)

5. Terbalikkan swiss roll supaya permukaan atas yang cantik berada di bawah (terbalikkan dengan hati-hati dengan menggunakan parchment paper yang baru dan sama saiz dengan paper yang digunakan untuk 'bake' tadi).

6. Sapu krim dengan rata ke seluruh permukaan bawah yang dah terbalik tadi dan taburkan oreo hancur secara barisan selang-selang seperti gambar di bawah ni.


7. Gulung dengan hati-hati dan ketat supaya swiss roll tidak patah (swiss roll adalah sangat lembut). Simpan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 1/2 jam supaya swiss roll dilekatkan dan mampat bersama filling tadi. 


8. Tadaa.. dah siap dan boleh potong dan makan lah.

Kalau takda lemon, boleh juga guna oren bagi yang suka perasa citrus, atau ikut lah perisa apa yang anda suka. lalala (^_^)v

UDANG GALAH 3 RASA



Sebagai pelengkap kepada nasi lemuni sebelum ini, saya nak cuba gandingkan dengan lauk udang galah 3 rasa atau mungkin juga banyak rasa (masam, manis, pedas dan masin?). Udang galah lagi..ye lah, berangannya, nak masak lala 3 rasa, (akibat lala 3 rasa yang saya makan di Melaka sedap sangat)..tapi udang galah yang sedia ada di rumah pun dah kira cukup best dah, janji seafood. 

Hmm..nak tulis resepi lauk pauk ni memang payah juga, sebab selalunya masak ikut cukup rasa, kalau tak cukup rasa itu ini, tambah lagi. Bak kata penjajah 'learn through experience'..Anyway, disebabkan saya suka lauk 3 rasa, maka nak post juga...tak kira..hehe. Jadi yang mana boleh tau kuantiti, saya tulis, yang lainnya cuma tulis bahannya sahaja.

BAHAN-BAHAN

Udang galah/ any seafood (udang galah saya adalah antara 8 ekor)


Bahan A (tumis)

2-3 sudu besar Cili kering yang dikisar (nak lagi pedas, up la lagi)
1 labu besar bawang merah, 
3 ulas bawah putih (kisar)
Halia (hiris)
1 batang serai (diketuk)

Bahan B (penambah rasa supaya 3 rasa)--> semuanya dimasukkan secukup rasa

Tomato sos
Air asam jawa
Perahan lemon
Madu
Garam

CARA-CARA

alah..cara biasa masak lauk la..hehe

1. Tumis bahan A sehingga naik bau
2. Masukkan Bahan B dan gaul
3. Masukkan udang 
4. Masak hingga mendidih..

ok dah siap untuk lunch..\(^_^)/

NASI LEMUNI...(resepi Bonda)



Sebagai penutup 2012, teringin nk post nasi yang menjadi kegemaran bonda saya..namanya nasi lemuni sempena menggunakan bahan utamanya daun lemuni. apa istimewanya daun lemuni ni..pertama sekali ia akan beri bau harum dan warna kehitaman dan sedikit rasa lemak kepada nasi.

Pokok lemuni hitam atau nama saintifiknya Vitex trifolia adalah sejenis pokok dengan ketinggian 1 hingga 3 meter, sewaktu pokok ini masih muda, daunnya yang bercabang tiga itu warna biru kehitaman dan apabila matang, daunnya bertukar berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Jika lihat dengan mata kasar, warnanya seakan-akan ungu.



Ok lah saya bukan pakar nak cerita lebih pasal pokok-pokok ni..back to position nasi lemuni dengan resepi yang bonda saya beri inovasi sikit berbanding nasi lemuni biasa. hehe

BAHAN-BAHAN

Beberapa helai daun lemuni (saya guna semangkuk), kalo lagi banyak, warnanya lagi menarik. --> kisar dan tapis untuk ambil airnya
1 1/2 cawan beras (saya masak banyak ini saja)
1 labu besar bawang merah dan Halia (besar ibu jari)--> dihiris
1 cawan air kelapa dan isi kelapa (ini la yg inovasinya..selalu guna santan)

CARA-CARA

1. Masukkan bawang merah dan halia tadi bersama beras
2. Masukkan air kelapa+isi kelapa + air tapisan daun lemuni (jadikan 1 1/2 hingga 2 cawan)
3. Macam biasa la..masak hingga nasi masak..hehe
4. Boleh la makan dengan macam-macam jenis lauk, tapi selalunya orang makan nasi lemuni ni, lauknya sama macam makan nasi lemak.

Hehe senang je kan. tujuan nak post ni pun sekadar nak kongsi resepi nasi yang susah nak jumpa di kedai-kedai makan mana pun. Selalunya pokok lemuni ditanam di belakang rumah dan tuan rumah je yang masak nasi ni. Mungkin susah nak jual sebab jumlah daun yang banyak diperlukan untuk hasilkan sikit saja kuantiti air daun lemuni yang betul-betul sedap, apatah lagi daun lemuni bukan senang dicari..