Loading...

Friday, 1 February 2013

IPOH WHITE COFFEE BUN (ALA MEXICAN BUN / ROTIBOY)



Setelah gagal menghasilkan roti yg molek sebelum ni, maka tak boleh putus asa..ada lagi 1 species roti yang dah laaamaaa sangat nak cuba buat..Mexican Bun!! alaa macam yang kat kedai Roti Boy tu..enak dimakan panas-panas..ada mentega cair tersembunyi di dalam dengan aroma kopi nan klasik bersama kerak manis di atas umpama lava yang melimpah mengeras..(merepek sudah.. ) 

Maka dengan semangatnya pulang dari kerja, meredah traffic jam, sampai rumah je terus serang dapur dan cari bahan..temanya..nak buat sedikit inovasi pada resepi..sikit je inovasinya..nak cuba guna 'Ipoh White Coffee' maa..instead of ordinary coffee..(rasa lebih kurang je kot bila dah tenggelam dalam roti hehe). 

Jom Mula.

1. Hidupkan yis..

- 1 sudu besar yis +1 sudu besar gula + 1 sudu besar tepung + sedikit air suam ---> tutup dan tunggu    sehingga naik buih.

Sementara tu..

2. Sediakan bahan basah..

1 biji telur 
1/3 cawan gula
1/3 susu (full cream/low fat)..
1/4 Minyak sayuran ringan (jagung atau bunga matahari) ikut suka la apa yang ada di rumah.
4 sudu besar serbuk Ipoh White Coffee instant*

--> Pukul sampai sebati

* 1 paket Ipoh White Coffee (saya guna perisa hazelnut) sukatannya lebih kurang 1/3 cawan. 4 sudu besar untuk roti dan 2 sudu besar untuk topping.

3. Masa untuk menepung..

Sediakan 3-4 cawan tepung gandum yang telah diayak..buat lubang di tengah dan masukkan 'bahan basah'  
bersama  yis tadi..

Gaulkan sehingga sebati dan tambah tepung sikit demi sikit sampai boleh uli dan membentuk 'bantal' doh. 

Tutup selama sekurang-kurangnya sejam supaya doh naik. 

Bila dah naik, uli sedikit lagi supaya 'bantal' tadi membentuk bantal yang panjang dan potong kecil-kecil  (lupa nak amik gambar, harapnya boleh imagine.  

Kemudian bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit untuk masukkan mentega di tengah..



Tutup mentega dengan bentuk doh jadi bun bulat dan comel-comel..tutup dan tunggu sehingga bun naik  mengembang lagi. 

- Sementara tunggu doh naik, boleh buat topping.

4. Topping 

Adun bersama 1/2 cawan mentega +  1/2 cawan gula icing menggunakan hand mixer -->  pukul (beat and blend) dengan kelajuan tinggi (speed 3-5)

Tambah 1 biji telur + 2 sudu besar serbuk Ipoh White Coffee + 1/2 sudu teh coffee emulco --> teruskan beat sampai emulco dan serbuk coffee sebati dan sekata warnanya..

Akhir sekali masukkan 1/4 sudu tepung gandum -->  beat lagi sehingga hasilnya lebih kurang begini........




Letak dalam 'piping' dan 'pipe' atas roti bun. Kalau takda set piping cream, letak je 'selepuk' atas roti guna sudu. 



5. Masa untuk membakor...

Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 15- 20 minit. 

Wokeh...siap!! Impian tercapai.. \(^_^ )/



Adoi..complicated nya..penat juga membuat bun ni..tapi puas hati sangat dengan hasilnya..walaupun tidak lah rupa komersial but still love it.. <3