Saturday 17 August 2013

TART NENAS CUPCAKE



Sempena hari raya baru-baru ini, bonda telah cadangkan idea yang baru.memberi revolusi kepada tat nenas. isitu dengan gabungan adunan kek..Seperti biasa saya fikir harus coret jga resepi untuk simpanan dalam blog ni. tapi bonda tak bagi..sebab katanya ini hak cipta terpelihara..not available in market..

Tapi sebagai simpanan kepada saya..saya hanya nak letakkan ramuan asas untuk setiap langkah dan lapisan..

LAPISAN 1 : Tapak tart..basic shortcrust pastry

Tepung + Mentega + air sejuk...

Adun dan canai kemudian terap atau potong..

Masukkan ke dalam bekas yang sesuai...


LAPISAN 2 : Home made jem nenas..

Nenas (dikisar) + Gula + Pectin buah (jika ada)

Masukkan sebagai inti


LAPISAN 3 :  Adunan kek

Tepung gandum + baking soda

Gula + mentega ---> pukul sampai jadi krim

Masukkan telur + Susu + 2 sudu besar jus mangga pekat (saje bagi flavor sikit)

Masukkan campuran tepung dan baking soda sampai adunan kek sebati..

Tuangkan atas jem nenas tadi..



Hias lah ikut sesuka hati..nak buat bakul pun boleh hehe





Bakar dalam oven selama 15 min pada suhu 150C

Done!! ^_^







Sunday 4 August 2013

BISKUT KURMA CORNFLAKES (CORNFLAKES DATES COOKIES)


Tak lama lagi, bulan Ramadhan dah nak habis..kurma masih banyak, terutama jenis yang kering, memang bukan favorite untuk buka puasa hehe..

Satu hari nampak rancangan Menu Kalimah kt TV..wah chef tu macam carik-carik kurma dan jadikan biskut kurma..hmm menarik!! Maka inspirasi dari rancangan tu, satu resepi telah 'develop'. hehe.. Eksperimen saya adalah seperti berikut..check it out..

STEP BY STEP

1/2 cawan marjerin + 1/4 cawan vegetable shortening + 1 cawan gula pasir ---> pukul sampai jadi krim

Masukkan 1 sudu besar madu --> pukul lagi

Masukkan 1/4 cawan susu ---> pukul lagi sehingga susu gabung bersama

Masukkan 1 biji telur dan pukul lagi sampai sebati dan 'creamy'

Masukkan campuran 2 cawan tepung gandum + 1 1/2 sudu teh baking powder ( diayak bersama) sedikit demi sedikit.

---> Masukkan 1 cawan kurma (jenis kering) yang dicincang + 1 cawan cornflakes yang dihancurkan

Tambah sedikit parutan kulit oren (untuk rasa dan aroma yang 'kasi angkat') dan serbuk badam (optional)

Gaul sebati semua bahan-bahan.


Gentel-gentel la jadi bentuk begini..





BAKOR je la...

Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15 minit.


Yeay..Alhamdulillah..biskut raya pertama dah siap..setelah sekian lama bertangguh dan terhegeh-hegeh



*Satu adunan resepi ini dapat hasilkan lebih kurnag 60 biji 'cookies'..

\( ^_^  )/ ...