Saturday 22 March 2014

DATES BUN / ROTI BUN KURMA


Sejak akhir-akhir ini, ayahanda dan bonda memang gemar betul dengan roti kurma yang dijual di kedai arab berhampiran dengan rumah ni. Maka saya pun teringin la juga buat yang lebih kurang sama..roti kurma tu ada bijan..saya pun nak tabur bijan juga hehe..

Sebelum mula membebel dengan resepi, nak coret sikit khasiat kurma yang terlalu banyak..dah tentulah kurma ni banyak kebaikannya, ia makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Antaranya yang disebut dalam Surah Maryam ayat 25: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan kepadamu kurma yang masak". Daripada ayat ini Allah s.w.t memerintahkan Sayydatina  Maryam untuk memakannya sedang beliau dalam keadaan selepas bersalin. khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium juga baik untuk ibu yang sedang menyusu, juga bermanfaat untuk pembentukan darah dan perkembangan kanak-kanak. 

Kurma mengandungi 1.8 - 2.0 % protein, 2.0 - 4.0% serat dan 50-57% glukosa dan pantas diproses untuk membekalkan tenaga. Nak cerita pasal kurma ni memang tak sudah-sudah. Kalau nak tahu lebih banyak khasiat kurma..jangan lupa 'search' ya..hehe..

RESEPI DAN LANGKAH-LANGKAH..

1.  KURMA PASTE

1 cawan kurma yang dibuang biji 
4 sudu besar air.



Masak sehingga kurma jadi hancur dan membentu paste. 


 2.  MEMBUAT DOH (DOUGH) ROTI

BAHAN BASAH

1 sudu teh yeast segera dilarutkan bersama sedikit tepung dan gula dengan air suam.
Tutup dan biarkan sampai ia berbuih (yeast dah hidup)

Pukul bahan-bahan di bawah sehingga kembang

1 biji telur
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan minyak canola
1/2 cawan susu (buttermilk kalau ada)

BAHAN KERING

Ayak  dan gaul bahan-bahan di bawah..

3 1/2 cawan tepung gandum putih (all purpose flour)
3 sudu besar Isolated soy protein (optional)

MULA BUAT DOUGH

Gaulkan bahan kering ke dalam bahan basah sehingga sebati
Tambah 2 cawan lagi tepung wholemeal dan gaul sampai terbentuk 'dough'
Uli tepung dengan menolak dan melipat dough (haha taktau camna nak explain menguli tu camna)
Tutup dan biarkan selama lebih dari sejam sehingga dough naik 2 kali ganda.




3. MEMBENTUK BUN 


Ambil sedikit dough, leperkan dan letakkan ini kurma paste di tengah 


Tutup dan uli dough sehingga jadi panjang dan buat bentuk


Untuk buat bentuk seperti di bawah, guntingkan di bahagian hadapan dan taburkan biji bijan ( rupa ini adalah seperti yang terdapat di kedai Arab di rumah..hehe)


Juga boleh buat bentuk sperti di bawah..caranya..
i) Selepas menutup inti...uli supaya bentuk menjadi sedikit panjang..
ii) Turis sedikit dough aras memanjang
iii) Pintalkan dough dan gulungkan ke dalam supaya terbentuk bulat.


Letakkan di atas dulang pembakar yang telah di 'gris' (spray atau disapu dengan sedikit marjerin)

Sapu sedikit dengan mentega pada permukaan roti


4. JOM MEMBAKAR... pada suhu 160C selama 15-20min

Sapukan dengan sedikit mentega ketika panas supaya roti nampak sedikit berkilat