Sunday 25 May 2014

CHOCOLATE BANANA CAKE


Rasanya dah lama juga tak buat kek..sempena birthday kakak sebenarnya bonda minta buat kek pisang sebab banyak sangat pisang kat rumah..tapi kakak suka kek coklat..maka saya gabungkan..kek coklat pisang..google recipe kt internet pun memang ada..

Bunyi macam 'complicated' tapi tak...maka langkah-langkahnya seperti di bawah...

BAHAN KERING

1 3/4 cawan 'all purpose flour'

1 1/2 sudu teh (tsp) baking powder

1 1/2 sudu teh (tsp) baking soda

3/4 cawan serbuk koko



-> Ayak dan gaulkan sehingga sekata..


BAHAN BASAH

1 cawan gula

2 biji telur

1/2 cawan susu

1/2 cawan minyak jagung/canola (light vege oil)

1 cawan pisang lenyek  (mashed)

1/2 cawan air suam

-->  Pukul dan gaul sehingga sebati

GABUNGKAN..

Masukkan sedikit demi sedikit adunan bahan basah ke dalam bahan kering..gaul sehingga sebati..

Masukkan ke dalam bekas kek yang telah dilapisi dengan mentega dan tepung..

Bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 180C. Selepas 25 minit mula periksa samada kek telah masak atau hampir masak..cucuk sedikit dan jika tiada apa yang melekat, bermakna kek telah masak.


CHOCOLATE GLOSS

Sebenarnya ada banyak cara..tapi saya ambil yang paling mudah iaitu

Cairkan 2-3 sudu besar mentega + Separuh Cooking chocolate bar + 1/3 cawan Susu Pekat Manis (Evaporated Milk)

Lagi besar kek lagi banyak kuantiti yang diperlukan.

Tuangkan chocolate gloss or chocolate ganache di atas kek yang telah sejuk sedikit.


Hmm...rasa-rasanya dah siap...



hehe menghias sesuka hati...takda seni langsung..

DRAGON FRUIT CHOCOLATE CRUMBLE CAKE


Sempena Hari Ibu yang lalu,,macam teringin sangat nak buat something different..kek yang not available in market..menggunakan buah kegemaran bonda..Risau benar kalau eksperimen ini tak menjadi. 

Buah Naga (dragon fruit)..Pitaya..atau nama saitifiknya Hylocereus polyrhizus (bagi species yang kulit merah dan isi merah). Manakala Hylocereus undatus adalah bagi yang kult merah isi putih. Isi merah keungguan itu berpunca daripada pigmen Betacyanin yang tinggi dengan kandungan antioksidan (Cai et al. 2005). 

Warna pitaya yang menarik ini serta kandungan antioksida yang tinggi telah menarik pelbagai penyelidik untuk menjalankan kajian. Contohnya Chemah et al 2011 telah memanfaatkan kelebihan ini untuk menghasilkan muffin pitaya. 

Nak cerita betapa banyaknya kajian memang tak sudah...berbalik kepada eksperimen hari ibu..
Lets just proceed to the recipe ..

CAKE BASE

2 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (bahan kering)
½ cawan mentega dan ½ cawan gula dipukul sehingga jadi krim
Masukkan 2 biji telur dan ½ cawan cucu pukul sampai sebati
Masukkan bahan kering atau tepung yang diayak tadi dan pukul lagi sampai membentuk adunan sebati.



THE DRAGON FILLING..

Masukkan ke dalam acuan yang telah dilapisi dengan mentega (di gris) dan rata kan..
Susun cebisan buah naga dan buah lain juga kalau suka (saya letak buah pic)
Taburkan chocolate crumble di atas..


CHOCOLATE CRUMBLE

1 cawan tepung gandum + ½ cawan gula perang + ½ cawan mentega + ¼ cawan serbuk koko
Digaul bersama dan ‘crumble’ supaya membentuk bintil2



Bakar dengan haba bawah selama 20 minit dan atas bawah selama 20 minit lagi..

Tekstur yang terhasil adalah lembut cake di bawah dan buah pitaya serta sedikit rasa seperti biskut dibahagian atas..




Juga enak dimakan dengan ais krim...lalala

Note : kek hanya bertahan dalam 2-3 hari kerana buah naga mempunyai kandunagn lembapan (moisture content) yang tinggi jadi ia cepat dan mudah rosak..
Boleh juga ganti dengan buah lain..recommended is apple.