(Ais krim kurma dan aprikot + pistachio dan gajus)
Selalunya kalau tengok you-tube, selalu layan recipe baking aje..tetiba terfikir nak tengok recipe ais krim pulak. Mula dengan cuba recipe yang cuma pakai 2 bahan..kemudian..baiki lagi resipinya..dengan panduan buku 'berusia' ini hhehe
Maka setakat ini, ini adalah resepi yang saya cuba..
2 1/2 cawan Whipped cream
1 cawan condensed milk
1 cawan full cream milk
1/2 sudu teh ovalette..
Masukkan cream dan pukul sampai naik kembang..
Kemudian masukkan satu per satu bahan yang lain..
boleh juga ditambah esen vanilla
Ini adalah asas ice cream..kemudian boleh gaulkan puree buah/paste bahan lain ikut citarasa..
Antara ekperimen saya adalah seperti perasa-perasa di bawah..
Tropical and Exotic Flavors
Malaysian Drink Flavours
Dan masterpiece 'syok sendiri' saya adalah seperti gambar di atas..ice cream kurma dan aprikot kering yang digaul dengan base ice cream..kemudian tabur dan gaul lagi dengan kacang gajus dan pistachio...
Penyediaan paste kurma..
1 cawan kurma yang dibuang biji + 1/4 cawan gula perang -> dimasak perlahan dengan sedikit air untuk kembangkan kurma.
Tambahkan sedikit perahan lemon/limau (sebagai pektin dan rasa 'kick')..
Biarkan paste kurma sejuk dan gaul dengan cream bersama apricot kering yang dipotong kecil, kacang psitachio dan gajus yang dihancurkan.
Bekukan semula selama sekurang-kurangnya 6 jam.
untuk hidang boleh taburkan kekacang yang sama (pistachio, gajus, dan badam yang dihancurkan)
* hancurkan kekacang secara masukkan ke dalam plastik dan ketuk-ketuk. Tak perlu hancur sepenuhnya, supaya rasa kacang kasar masih terasa.
Lets serve and eat!!
Jneis lain yang saya hasilkan adalah AppleluvCinnamon ice cream seperti gambar di bawah. Apple sauce homemade perlu disediakan terlebih dahulu.
Apple sauce
4 biji epal dipotong kecil
1 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis..(cinnamon)
Masak sehingga apple menjadi seperti pes pekat..
Jadi buat apa bazir duit beli ais krim yang mahal diluar. We can make our own authentic taste..gitu...
Di bawah ini adalah beberapa lagi homemade ais krim saya..lalala..