Monday, 28 November 2011
Banana Orange Cake
(cara malas nk hias kek hahah)
Bila beli banyak pisang dan dah tak larat nak makan nk buat apa ya??cekodok n lempeng pisang dh selalu sangat..apa kata try pula wat kek pisang pulak..
Apa nk buat dulu...
1. Lenyek / Blend 2 biji pisang (jenis besar-yng biasa orang guna, pisang raja) 3/4 biji pisang saiz kecil- Agak2 la bila dh blend, jadi = 1 cawan pisang. letak tepi kejap.
2. Ayak 2 cawan tepung + 2 sudu teh baking powder + 3/4 sudu teh soda bicarbonate. letak tepi kejap.
3. Pukul 4 biji telur putih. Sampai jadi foam macam di bawah ni.
Ok. Baru boleh buat dgn pantas..
1. Pukul 3/4 cawan mentega + 3/4 gula sampai jadi mcm krim..krim ye bukan kr1m hehe.
2. Masukkan 4 biji telur kuning sikit demi sikit. - pukul lagi..
3. Masuk pula 1 cawan pisang yang dah hancur tadi. - pukul lgi..(bukan dushh..dushh.. :P)
4. Stop pukul! masukkan putih telur yang telah dipukul dan 'fold in'.
5. Masukkan 3 sudu besar jus oren (1/2 biji oren). Kalau suka, parut kulit oren dan masukkan ke dalam adunan tadi. Sebatikan adunan.
6. Masukkan ke dalam bekas yang telah di sapu mentega/marjerin dan diikuti lapisan tepung yang nipis.
7. Bakar selama 30-40 min pada suhu 180C.
8. Ini lah hasil lepas keluar oven. -> hmm nice color..(angkat bakul sikit huhu)
Kalau nk hias mudah tuang ajer melted choc atas kek hehhe..saya hanya letak sikit sos coklat n caramel..
Sunday, 20 November 2011
macaroni bakor tanpa cheese (^_^)v
Selalu orang baked macaroni..dgn cheesse (apsal rasa eja mcm x betul je ni..ok la keju) tapi kali ni resepi yg bonda buat..
Nak buat apa dulu???
1. Rebus la macaroni sampai lembut
2. Tos n gaulkn macaroni panas2 dgn sedikit garam secukup rasa dan 3 sudu besar minyak zaitun
Bahan2 lain untuk gaul
Cincang dan kisar atau cincang sahaja daging ayam (5 ketul kecik-brgantung nk buat byk mana macaroni)
4 biji telur
1 biji bawang merah = cincang (chopped)
Cendawan butang (button mushroom) = ikut la nk byk mana
Tomato puree = 2-3 sudu besau
1 paket (40-60g) sup cendawan
Sedikit serbuk:-
a.lada hitam
b.thyme
c.oregano
1/2 cawan bwang goreng
Gaul lah semua sekali
dan bake 150-180C selama 25 min
dah siap..
( adoiyaii sos dh nk habes, nak hias pn x sempat time ni sbb tgh keja nk buat benda lain heheh )
Tuesday, 8 November 2011
Peach Crumble...lalala
Raya Haji ni nk buat apa yer nk jamu family especially kanak2 yg dtg..??..sesuatu yg simple dan bahan- yg dh sedia ada di rumah..
Dah banyak kali sgt buat apple crumble kan..kali ni cuba plak buat peach crumble..
Hasil search dlm tnet dan buku resepi..maka saya develop resepi hasil gabung2 sesuka hati..
Mula-mula....buat BASE atau tapaknya..
1. Ayak lebih krg 1 1/2 -2 cawan tepung + 2 sudu besar serbuk koko
2. Gaul dan 'crumble' dengan tangan bahan tadi bersama 1/2 cawan Marjerin / Mentega sampai jadi bintil2..(betul ke istilah yg saya guna ni..hehe)
3. Tambah 3 sudu besar susu segar + air (kedua-dua mesti sejuk), Campur sikit2 sampai jadi mcm ala2 dough. Uli dan leperkan. Letak ke dalam bekas yang telah disapu dengan marjerin dan taburan sikit tepung
* Jika dough agak lembut akibat terlebih susu, just cubit dough dan ratakan saja dalam bekas..(melalui experience, kalau tepung sikit dan susu terlebih ia akan jd agak lembik)
4. 'Blind Baking' (bakor base ajer)..pada suhu 180C, 15 min (sampai keras sikit)
Sambil-sambil tu..Prepare INTI
Gaul bahan2 berikut...
1. 3/4 - 1 tin peach halves (yg sebnarnya lg bagus kalau ada peach fruit tu itself..)
2. 1.2 cawa gula perang
3. 1 sudu teh cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
4. 1 sudu besar tepung jagung ( utk pekatkan sikit jer)
Option : parutan kulit oren dan beberapa titik perahan oren atau lemon (lemon zess)* one drop x cukup utk beri rasa masam2 manis
*Kalau agak berair , tapis dan masak air tapisan tu sampai mula didih supaya jadi pekat.
5. Susun buah dan tuang pekatan.
TOPPING CRUMBLE
Campur dan Gaul aje (lebih baik prepare topping sebelum prepare inti, supaya buah tak terdedah lama)
1. 1 cawan tepung
2. 1 cawan Oats
3. 2 sudu besar Almond Powder + 1/2 cawan hirisan Almond..(chunk besar pun ok)
4. 1/2 sudu teh cinnamon powder + 1/2 sudu teh serbuk buah pala..(nk senang kisar jer hirisan buah pala yang kering)*buah pala is optional jer..tak suka atau takda..tak perlu.
5. 1/2 cawan gula perang
6. Marjerin atau Cream (3/4 cawan mentega + 1/2 gula pasir yang dah dihaluskan sikit + vanilla atau toffee flavor) -> dipukul sampai jadi mcm krim
7. Letak atas buah tadi dan bakor lah..180C selama lebih kurang 25 min..(mcm biasa cucuk tgk lekat apa tak pada lidi, garpu, kalau tak banyak yang melekit, maka dh nak siap masak)
Last but not least...lepas bake, tunggu sejuk kejap dan pakai kan topping dgn bedak ( tabur dan ayak icing sugar) supaya nampak gebu berseri hehe.. :P
(Disebabkan pie ni dibuat secara tergesa2 lepas smayang raya, maka tak sempat nk amik pic step by step)
Hmm..agak2nya kalau tukat peach dgn plum mcm mana yer rasa dia..
Saturday, 5 November 2011
Pinky Winky Macaron
Lately dok asyik dok tgk orang buat benda bulat2 kecik, n mcm2 color..bila discover..owh namanya macaron..macaron tu apa..??hmm.. baca je lah kt bwh ni..
A macaroon (/mækəˈruːn/ mak-ə-roon) is a type of light, baked confection, described as either small cakes or meringue-like cookies depending on their consistency. The original macaroon was a "small sweet cake consisting largely of ground almonds"[1] similar to Italian or Moroccan amaretti.
The English word macaroon and French macaron come from the Italian maccarone or maccherone. This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat,[2] used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient.
Most recipes call for egg whites (usually whipped to stiff peaks), with ground or powdered seeds, generally almonds or nuts. Alternatively, coconuts, a seed, can be used. Almost all call for sugar. Macaroons are sometimes baked on edible rice paper placed on a baking tray.
Maka, pada satu hari decide nk rasa..apa yg syok sangat macaroon or macaron ni?dh la kecik..sebesar pemadam je lebih kurang..lps tu rasa dia mak oii..manis sgt2..x baloi dgn harga dia yg sebiji RM2..
Walopn masa mula mcm x hingin pun nk buat..tp bila tgk tutorial dlm u-tube rasa mcm nk buat sgt2..sampai terngiang2 siang dan malam haha.well...just nk try buat sndiri tu jer..then try to modify if i can make it less sweet..cara nk buat senang..tapi nk menjadi mcm commercial itu sukar..
So here are the steps
BAHAN A
1 cawan serbuk badam
1 cawan gula icing (resepi biasa 3 cawan)
ayak bersama dan buang sisa yg kasar..ok fine letak tepi jap..
BAHAN B
3 biji telur putih -> pukul sampai jadi foamy (kelajuan sederhana tinggi)
Tambah 1/4 cawan granulated sugar (yg dh dikisar halus) sikit2 sambil continue pukul..(kelajuan sederhana)
Then, tambah perisa + pewarna (saya guna bright red color + perisa strawberry) sikit2..
cmna nk tau foam betul menjadi adalah apabila..mixing bowl diterbalikkan, mixture tu x mengalir or x jatuh)
continue beat till it become like this..
Next gaulkan BAHAN A ke dalam BAHAN B..guna tangan..is better..gaul sampai sebati..
Masukkn dalam piping bag dan..pipe lah atas baking pan yg di lapik 'Parchment paper' (mcm kertas serap minyak, available di kedai bakeri). Tidak boleh sapu marjerin sprt biasa sbb mixture macaron tiada tepung..
(ok fine..ada yg buruk n piping x mnjadi d ctu haha)
Lepas tu ketuk2 n sapu sikti bhgian atas supaya hilang bunjut akibat piping. Biar kan dia rest jap selama lebih kurang 20 min sblum bake..supaya dia ada naik sikit..
Finally, bakor pada suhu150C, 10-15 min sahaja. kalau suhu tnggi sikit, atau lama sikit..it will become brownish..
Masa tgh bake, nk tgk masak ke tak, 'tap' (ketuk) slowly tgk bhgian atas dh keras belum..kalo dh keras..should be ok dh siap..
(mine doesnt look commercial as usual. well bdasarkan pengamatan n search resepi dlm tnet..the traditional one, xda pun pewarna or perisa bagai..its just white dan shape pun x perlu terlalu smooth, the comel of course the better)
Texture dia... rapuh tapi bila gigit agak berangin d ctu..inilah makan angin dalam erti kata sebenar..hehe
Sapu 'ganache', krim atau jem dan telangkup.kadang ada org hias dengan tabur icing sugar d atas. ikut suka lah...
Lepas tu..Aummm masuk dlm mulut hehe :P
Cubaan kali pertama gagal kerana tak faham konsep..kali kedua ni je mampu dihasilkan..rasa nya dh malas nk buat lg..sbb manis nk mampuih..walopn sy telah kurang kn gula sebanyak mungkin huhu..however, sgt berpuas hati..sbb dh cuba juga..buat sndiri..hehhe ('_^)v
Subscribe to:
Posts (Atom)