Monday, 28 November 2011
Banana Orange Cake
(cara malas nk hias kek hahah)
Bila beli banyak pisang dan dah tak larat nak makan nk buat apa ya??cekodok n lempeng pisang dh selalu sangat..apa kata try pula wat kek pisang pulak..
Apa nk buat dulu...
1. Lenyek / Blend 2 biji pisang (jenis besar-yng biasa orang guna, pisang raja) 3/4 biji pisang saiz kecil- Agak2 la bila dh blend, jadi = 1 cawan pisang. letak tepi kejap.
2. Ayak 2 cawan tepung + 2 sudu teh baking powder + 3/4 sudu teh soda bicarbonate. letak tepi kejap.
3. Pukul 4 biji telur putih. Sampai jadi foam macam di bawah ni.
Ok. Baru boleh buat dgn pantas..
1. Pukul 3/4 cawan mentega + 3/4 gula sampai jadi mcm krim..krim ye bukan kr1m hehe.
2. Masukkan 4 biji telur kuning sikit demi sikit. - pukul lagi..
3. Masuk pula 1 cawan pisang yang dah hancur tadi. - pukul lgi..(bukan dushh..dushh.. :P)
4. Stop pukul! masukkan putih telur yang telah dipukul dan 'fold in'.
5. Masukkan 3 sudu besar jus oren (1/2 biji oren). Kalau suka, parut kulit oren dan masukkan ke dalam adunan tadi. Sebatikan adunan.
6. Masukkan ke dalam bekas yang telah di sapu mentega/marjerin dan diikuti lapisan tepung yang nipis.
7. Bakar selama 30-40 min pada suhu 180C.
8. Ini lah hasil lepas keluar oven. -> hmm nice color..(angkat bakul sikit huhu)
Kalau nk hias mudah tuang ajer melted choc atas kek hehhe..saya hanya letak sikit sos coklat n caramel..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment