Friday, 18 May 2012
PULUT SERI MUKA..muka yang berseri-seri..
Asyik buat kuih omputih je kn..tahun 2012 ni (especially lepas balik umrah ni...) nk tukar tema cuba-cuba masak dengan kuih tradisional Melayu..memang mencabar juga n menguji kesabaran..kuih tradisional takda sukatan yang tepat..takda suhu yang dah set..semuanya main agak-agak dan bila dah mahir baru boleh agak sukatannya..
Kali ni nak mula buat one of my fav kuih..just for mothers day..walaupun ada silap..tapi kalau nak belaja tak boleh mengalah..maka akhirnya jadi juga.. my dear PULUT SERI MUKA yang berseri-seri..bertambah seri muka org yang buatnya bila akhirnya dah menjadi... (^_^)v
PULUT (BAHAGIAN BAWAH)
1. Masak 2 cawan beras pulur dengan 1 cawan santan pekat
2. Letak sedikit garam & simpulan daun pandan untuk wangi
3. Bila pulut dah masak letak dalam bekas dan tekap-tekap sampai rata sekata. kukus sekejap dalam pengukus sampai naik wap.
KEPALA HIJAU (BAHAGIAN ATAS)
1. Rendam 1/2 sudu teh jintan manis dlm 1/2 cawan air panas..(biar kt tepi jap.)
2. Potong kecik2 6 helai daun pandan..
3. Blend pndan dgn air rendaman jintan td..tapis 2 kali ( biar jap)
4. Pukul 3 biji telur + 1 cwn santan + 1/2 cawan gula (kalo suka manis tmbah la lg)..
5. Masuk kn 1/2 cwn tepung atau 4 sudu besar..gaul
6. Gabung campuran tepung td dgn 1/2 cawan air pandan ---> blend (nk bg tepung halus n x ketul)
7. Pastikan kelikatan betul (celup sikit jari n dia dh kira ok kalo campuran td lekat skit pd jari)..kalo cair lg..tmbah tepung 1-2 sudu besar..sampai dia pekat sikit..diulangi..pekat sikit aje..kalo nnti keras sgt..
8. Tuang atas pulut yg dh siap masak n rata dlm bekas..(kukus kejap lps dh masuk dlm bekas)
9. Masak lbih krg 30-40 min. (kene rajin tgk, alih tutup cepat2 spy air x jatuh dlm kuih).-> byk citer sampingan plak.
10. Kalo ikutkn dh siap dh..tapi sy bakar jap td 150 -180C 10 minit..(konon nk bg wangi n warna menarik skit)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment