Friday, 25 January 2013

ROTI PANDAN KELAPA KISMIS



Sempena Maulidur Rasul baru-baru ni, ada melawat family abang. So fikir nak masak apa untuk kanak-kanak ni..hmm..buat roti best juga..dah lama tak buat roti. Maka heret la segala macam ramuan ke rumah abang. itu pun tidak semua. Bila dah sampai rumah abang, jadi segan pula nak minta banyak dan macam, maka ini lah roti sempoi yang mampu dibuat. Tapi resepi yang saya tulis balik ni yang dah 'improve' sikit supaya rupanya lebih baik dari dalam gambar di atas hehe..

Mula-mula...

A. Hidup kan yis..

1 sudu besar yis + 1 sudu besar gula + 1 sudu besar tepung* + air suam

Kalau campuran ni, nampak yis susah nak hidup, boleh tambah lagi tepung. (hmm..susah juga nak terangkan dengan tepat, sebab perlu belajar dari pengalaman, bila dah biasa buat, maka boleh anggar jumlah setiap satu)

Lepas tu...

B. Campuran Bahan Basah

1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan susu
3. 1/2 cawan gula
4. 1/4 cawan minyak jagung
5.1/4 cawan serbuk santan kelapa
6. 1 sudu teh emulco pandan

Pukul kuat sampai kembang..

Kemudian..

C. Bahan Kering (gaulkan)
1. 3-4 cawan tepung
2. kismis (hitam dan kuning)
3. Cranberry (kalau suka)
*jumlah kimis dan cranberry adalah ikut suka banyak mana tapi lebih kurang 1/2 cawan sudah cukup

--> Anak-anak abang saya ada yang suka kismis dan ada juga yang tak suka..maka jumlah yang saya letak agak kurang.

D. Gabungkan dan uli..

1. Masukkan A ke dalam B dan gaul

2. Buat lubang di tengah-tengah C dan gaul dan uli sehingga bentuk bantal seperti di bawah...

Tutup dan tunggu sekurang-kurangnya sejam untuk naik kembang....



Bila dah kembang boleh bentuk-bentuk...

Adalah lebih baik letak roti dalam bekas yang lebih besar supaya dia mudah untuk kembang dengan baik..berbanding kesilapan percubaan saya untuk letak dalam muffin pan (dengan harapan boleh naik dan bentuk macam cendawan, tapi kurang menjadi) huhu..







Sebelum bakar, boleh sapu sedikit mentega atau telur dan taburkan sedikit 'desicated coconut'..

* saya tidak menyapu telur kerana segan nak minta bahan-bahan lagi hehe..janjinya sebiji je telur...susah juga masak kat rumah orang kan..heheh

Bakar lebih kurang 15-20 minit pada suhu 150-170C.

Maka begini lah hasil yang terdaya..


Hmm..permukaan atas kurang menyerlah...golden brownnya huhu

Di bawah adalah contoh roti pandan yang pernah dibuat sebelum ini..(alamak tak susun comel-comel plak..)


Roti pandang kalau sapu atau letak inti sekaya memang sedap dan terangkat uols.. ^_^

4 comments:

  1. Golden brown la lawa :-)

    ReplyDelete
  2. yup betul, golden brown lg nampak attempting..

    tapi al-kisahnya..saya kurang faham dengan setting microwave rumah abg saya, family dia pun dah lama tak baking..jadi lupa cara setting. ntah cmna, heat oven tu tak distribute on each tray setiap shelf dgn baik. walau dah lama sangat dalam oven tapi still tak brown, jadi saya terpaksa keluarkan takot keras..jadi saya try to take photo walaupun browning agak sikit (tak jelas brown dia dlm gambar)

    So frust kenapa tak brown macam biasa. Tak lama lepas tu mak saya masukkan balik dalam oven then baru dia brown. unfortunately... selepas tu, kami pun balik dan tertinggal, tak da rezki nak bawa balik roti yang dah brown tu..

    maka, desperately, saya just upload gambar apa yang ada sahaja..haha panjang tak ceritanya..sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. anyway thanks T for the comment..

    ReplyDelete
  4. hopefully will make better one and upload next time..kalo ada rezki dan rajin buat lagi hehe

    ReplyDelete