Thursday, 30 May 2013

SWEET PINEAPPLE BUN..


Banyak pulak nenas ayahanda beli minggu ni. hasilnya....homemade jem nenas pun banyak production dalam peti ais..ada jus sekali..

Nak buat apa? Tart nenas?..malas pula..rasa macam nak raya pun ada hehe..

Dah lama tak buat roti la..jom cuba letak inti jem nenas la pulak..dengan sedikit perisa nenas dalam doh..

Jom mula eksperimen.. ^_^


LETS START..

Macam biasa la kasi hidup itu yis dulu..

1 tbsp of dry yeast + 1tbsp sugar  + 1 tbsp wheat flour => Dilute in small amount of warm water..and close it for few minutes, wait until bubbles come out..hehe



WET INGREDIENT..

1 large egg 

1/3 cup milk 
1/2 cup sugar 
 1/2 cup margerine/butter (then melt it before mix together)
2 tbsp of pineapple juice (jus ni hasil dari tapisan buat jem nenas-home made punya)=> mix and beat

Add the yeast into this mixture

DRY INGREDIENT

About 4 cups of wheat flour

MAKE INTO A DOUGH
Make a whole in the flour, pour the wet ingredient and mix

knead until it become a dough..nicely like a pillow. Close and wait until it rise for few hours (at least 1 hour)
(Uli semua bahan-bahan sehingga membentuk doh, tutup doh dan biarkan selama beberapa jam (paling kurang sejam). 


SHAPING AND FILLING THE BUN..

First make the dough like a small bowl.(tak dapat la nk amik gambar sambil membentuk, memandangkan orang yang masak = orang yang amik photo hehe )

Then fill it with sufficient amount of pineapple jam. (it was my father's home made jam :D )

Wrapped the filling and make it into round shape like this..

Close and let it rise again...



After about 1 hour, the dough about to rise...


Or.. make it into rolls as well..



After 1 hour..it rise a bit...


Finally bake it 150 C for about 15-20 mins..




(hmm..homemade never look like commercial one huhu)..








Sunday, 26 May 2013

SWEET SOUR FISH FILLET ^_^



Bagi memenuhi keinginan bonda yang nak makan sweet sour fish fillet yang macam selalu ada terhidang di kalangan lauk-pauk kenduri tu, maka ayahanda telah berusaha beli fish fillet di pasaraya 'gergasi' berhampiran..Seperti biasa tugas saya adalah jadikan ia kenyataan. Korek-korek resepi tnet dan cuba untuk customized resepi sendiri..

SEDIAKAN IKAN DULU...(up to you..)

1. Potong fish fillet ikut saiz sesuka hati. (2 -4 fillet)
2. Celup ke dalam campuran 3/4 cawan tepung beras + 1/4 cawan tepung gandum + sedikit serbuk kunyit + secubit garam
3. Goreng laa...





SEDIAKAN KUAHNYA..

1. 2 sudu besar cili kering yang dikisar
2. 1 labu besar bawang merah + 3 ulas bawang putih -> Dikisar bersama
3. 1/2 inch halia dhiris

-> Tumis sampai naik bau
-> Masukkan..

4. Hirisan lada benggala + nenas dipotong 3 segi kecil + 1 biji buah tomato dipotong 6
5. 3 senduk tomato sos + 1 sudu besar madu + garam secukup rasa + sedikit gula
6. carrot (kalau suka)

Masak la sehingga mendidih kuahnya..

Boleh tuang dan hidang...lala siap la untuk lunch atau dinner.. (tambah hirisan daun bawang dan tomato ceri untuk hiasa)..

Tadaa...










Thursday, 2 May 2013

KUIH KOCI DENGAN INTI LEMPUK DURIAN


Setelah sekian lama tak main masak-masak kuih ni..dan setelah sekian lama juga angan-angan nak cuba buat kuih koci..my fav..walopn orang kata susah buat kuih ni..tapi apa salahnya kalau cuba kan..lagipun bonda cadangkan buat sesuatu yang baru pada inti koci ni.jom letak lempuk durian..Lempuk Durian?..hmm give a try lah kan..

Kuih koci ni banyak sangat step dia..walaupun percubaan pertama, hasilnya tak berapa comel..tapi nak tulis juga resepi yang dicuba kali ni..

NAK BUAT APA DULU..

Layurkan daun pisang atas api..tujuan nak bagi lembut dan senang bentuk. Poton lebih kurang 5 inci x 5 inci..agak2 je saiz nya..

SIAPKAN INTI

2 cawan kelapa parut

1 blok kecil gula melaka + 1/2 cawan gula pasir

2 sudu besar lempuk durian

Pintalan daun pandan (saje nak bagi wangi jer)

-> Cairkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih

-> Masukkan lempuk durian dan kacau

-> Masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati dan air gula mengering






DOUGH KOCI

2 cawan tepung pulut + 1/2 cawan tepung pulut hitam

1 cawan santan

Garam secukup rasa

Air secukupnya

-> Gaulkan adunan tepung pulut dengan garam

-> Masukkan dan santan dan air sikit demi sikit supaya semua sebati dan membentuk dough

* Tambah tepung pulut sikit demi sikit jika dough terlalu melekit dan sukar dibentuk



-> Ok..bentukkan mangkuk kecik dan masukkan inti..bentukan bulat comel jangan bagi inti keluar. 

* Pastikan tangan betul-betul kering..diulangi..betul-betul kering sebelum membentuk..untuk elak tepung melekat pada tangan..

* Sapukan sedikit minyak masak atas daun sebelum letakkan kuih atas daun untuk elak lekit dan lekat selepas masak. 



 TOPPING.. (topping lah sangat...)

Santan pekat dan sedikit garam digaul..dan dituang sedikit atas kuih koci yang dibentuk tadi..

Balut lah apa lagi..





KUKUS...


Kukus selama 15-20 min. Lihat warna daun berubah..