Sunday, 28 September 2014
STRAWBERRY GELATO (no ice cream maker)
Ice cream biasa (hard ice cream dah pernah buat sebelum ni, kali ni nk try buat gelato pulak la..GELATO? apa tu..
Gelato adalah isitlah ice cream dalam bahasi Italy, berasala daripada perkataan "gelātus" iaitu 'frozen'/ beku. berbeza berbanding ice cream biasa (hard ice cream), ia adalah jenis ice cream bertekstur lembut dan sedikit padat kerana kurang udara yang dimasukkan ke dalam adunan ini. Cara pembuatannya juga menggunakan kaedah dan resepi dari Italy. Bahan-bahan utama membuat gelato pula susu, susu, krim, gula, dan puri buah-buahan dan kekacang. Terdapat juga resepi yang menggunakan kuning telur sebagai 'custard' yang akan membuatkan ice cream yang menjadi lebih berkrim. Gelato juga dikatakan kurang kalori keran jumlah peratus 'butterfat' yang lebih rendah berbanding ice cream yang berasal daripada America.
Ok untuk info yng selebihnya bolehla search di internet.. hihi
JOM mula..
1. 2 biji telur kuning dipukul dengan 1 cawan gula icing sampai pekat dan bertukar warna putih kekuningan menjadi kastard.
2. Dalam masa yang sama, campurkan 1 cawan whipped cream bersama dengan 1 1/2 cawan susu (whole milk) dan panaskan sekejap tetapi jangan sampai mendidih.
3. Tuangkan campuran krim dan susu yang sedang panas ke dalam kastard telur tadi sampai pukul sehingga sebati secara perlahan.
4. Masukkan 1/2 sudu teh ovalette dan pukul perlahan.
5. Kisar 1 - 2 cawan strawberry ( saya beli fresh dari ladang cameron highland) sehingga jadi puree dan masukkan ke dalam adunan cstard dan susu sedikit demi sedikit. sehingga sebati.
Memandangkan saya tiada mesin ais krim, maka teknik yang agak leceh terpaksa digunakan.
Cara-caranya.
Masukkan adunan ke dalam bekas , gaulkan dengan sedikit sos/ jam strawberry dan simpan ke dalam freezer. Setiap sejam, gaulkan rata supaya dapat mengurangkan ketulan kristal ais Ulang langkah ini dalam 4 jam pertama dan akhirnya biarkan ia membeku semalaman.
Hasilnya adalah seperti gmbar di atas setelah dihiaskn sedikit..
Mudah? Susah? cuba lah dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment