Monday, 29 October 2012

RAISIN OATMEAL LOAF BREAD



Oat Raisin Bread Loaf


Disebabkan terlalu banyaknye oats kt rumah, maka macam masakan perlu direka untuk nak habiskan. ye lah oats bukan nasi yang tiap hari nak makan. Maka mula lah berangan nak buat roti oats yang konon2nya perasan yang resepi kita cuba kali ni rotinya jadi high fiber gitu hehe.
Step buat roti macam biasa.....
1. Hidupkan yis
- 3 Tsp Yis
- 1 Tsp Susu
- 1 Tsp Gula
-1 Tsp Tepung
Campurkan dengan air suam dan tutup sampai yis berbuih
2. Bahan Basah
-2 Biji Telur
 -¼ Cawan Gula Perang + 1/4 Cawan Gula Putih
-¼ Cawan Minyak Jagung
-1/2 Cawan Susu
Pukul Sehingga Kembang

3.  Dry
3 ½ Cawan Tepung Gandum
 1 ½ Cawan Oat
Raisin- Suka Hati Banyak Mana
Gaul Rata
4. Campurkan Yis Ke Dalam Bahan Basah 
5. Campur gaul bahan basah ke dalam tepung. (tuang di tengah).
6. Gaul..gaul.. dan uli..uli.. lagi.  Biarkan ditutup dan diletak atas air suam. Tunggu sejam lebih supaya ia naik dan bila cucuk jadi begini.


7. Uli atas papan leper dan gulung adunan sampai bentuk seperti bantal (boleh imagine ke). Masukkan ke dalam bekas Loaf. Tutup dan biar lagi sampai dough naik berganda-ganda.

wokeh bila dah naik. Boleh bake 15-20 min pada suhu 150C.

ok dah siap. lalala \(^_^)/


Sunday, 16 September 2012

MOLTEN CHOCOLATE LAVA..



Hmm..rasa nya dh lama juga tak post resepi sejak asyik buat kek tak jadi jer..hehe..
Tapi kali ni nak try kek yang pelik skit dr yang lain...nama diberi...MOLTEN CHOC LAVA..kenapa lava? sebab bajet meleleh..mcm lava kuar dr gunung berapi gitu..yang dalam gambar di atas..caranya senang sgt dan jumlah bahan yang perlu pun tak banyak..bergantung juga la nak buat banyak mana..saya cuma hasilkan 1 mangkuk kecik saja untuk testing..

APA NAK BUAT DULU....

Cairkan 4 sudu besar mentega dan coklat masakan (lebih kurang 2 - 3 baris daripada 1 bar coklat)

LEPAS ITU...

Pukul 2 biji telur* sehingga kembang dan masukkan campuran coklat + mentega yang dah cair tadi..

* selalunya dalam resepi asal guna 2 biji telur + 2 biji telur kuning sahaja..hishh 4 biji tuu..tapi bila eksperimen guna 2 biji pun jadi juga..jimat..jimat..)

MASUKKAN ...

1. 3 sudu besar gula
2. 4 sudu besar tepung gandum
3. 1/2 sudu teh baking powder
4. 3 sudu besar serbuk koko

Dan gaulkan sehingga sebati..

Masukkan adunan ke dalam bekas yang dah disapu mentega dan dilapisi dengan sedikit tepung. 

Bekas itu pula direndam dalam bekas berisi air dan bake 15-20 min pada suhu 180C



Semasa dalam oven..jangan cucuk macam biasa sebab cake ni memang akan lembik di tengah..

HASILNYA...ini lah yang lepas potong dan dihias sikit dgn gula icing dan strawberry white choc (hias ikut suka la)..maka dah namanya pun molten lava, maka bila dipotong dia mmg akan mengeluarkan 'lava' coklat..
yummmy...


hehe sama je dengan gmbar di atas. cuma angle lain jer..terlupa nak shoot gambar masa freshly keluar dari oven..

ini cara yang mudah..nak cara susah di mana coklat ganache di dalam disediakan secara berasingan.....begini..(copy paste dari foodwishes .com)


Choc lava cake 1.o (separate ganache)


chocolate lava centers:
2 oz dark chocolate, chopped
1 tsp butter
1 1/2 oz heavy cream
Put chocolate and butter in a small bowl. Heat cream and pour over. Stir until mixed. Cool, then chill. Form into round balls and put into freezer until ready to use.

Chocolate cake batter:
Place 7 oz of dark chocolate and 8 oz butter in a metal bowl and melt over hot water bath.
Remove from heat and add 1 tsp vanilla and 3 egg yolks, mixing until smooth.
Sift 1/3 cup flour into chocolate mixture and mix until smooth.
Beat 3 egg whites, 1/8 tsp cream of tartar and 1/8 tsp salt in a clean metal bowl until soft peaks form. Slowly add 1/4 cup sugar while continuing to beat.
Fold whites into chocolate mixture 1/3 at a time.
Pour into well buttered ramekins to about 3/4 full.
Push one ball of ganache into each cake.
At this point, you may refrigerate until just before you want to serve them.
Bake at 375 for about 15 minutes (maybe a little longer if chilled)
Let cool for about 5 minutes before unmolding.
And.....enjoy. 

\(^_^)/



Sunday, 12 August 2012

BLACK N WHITE CHOC CHIP COOKIES


Salam Ramadhan..hari ni dah masuk minggu terakhir, minggu depan dah raya..cepatnya masa berlalu..
Disebabkan raya pn dah dekat, maka teringin la nk buat biskut ini..yg dah lama berangan nak buat. tak sabar dan tak sempat nak cuti..berkobar sangat dah nak buat. Bukan la buat jual sakan cam orang lain cukup sekadar testing2 resispi.hehe.

Oleh kerana ada 2 species choc chip itam n putih kat rumah ni, maka terhasil la black n white choc chip cookies (tak da la black bebenor, hehe). Sambil tunggu last batch sdg membakar diri di dalam oven, nk tulis dulu la resepi simple ni. Choc chip cookies ni mmg ramai yg reti buat, tak susah pun tapi resepi nya ada macam2 variasi juga.

APA NK SEDIAKAN DULU...(BAHAN BASAH)

1. Pukul 2 Biji telur + 1/2 cawan gula pasir + 1/2 cawan gula perang. (hari ni saya pakai gula 3/4 cwn perang sahaja sbb nk less sweet).

2. Campurkan 3/4 cawan marjerin/ mentega + 1/2 cawan shortening ke dalam adunan tadi.

3. Gaul dan kacau sebati. (Boleh guna mixer atau kacau dengan tangan pun boleh)
* kalau ada vanilla or toffee flavor boleh add, tapi tak wajib..(my toffee flavor dh habis (._.")-

TEPUNG SUDAH DATANG....(BAHAN KERING)

4. Masukkan 3 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda + 1/2 sudu kecil baking powder + 1 sudu besar serbuk badam. (* mcm biasa, tepung + baking soda + baking powder digabung terlebih dahulu)
* kalau adunan tepung sukar nak 'bind' tambah dalam 1-2 sudu besar susu)

- Bagi adunan yang based nya coklat (hitam), cuma tambah 2 sudu besar serbuk koko.

AKHIR SEKALI

5. Masukkan choc chip ke dalam adunan..


DAH READY NAK BAKOR...

6. Bentuk bulat2..jgn besar sangat sebab dia akan kembang. Susun atas dulang pembakar yang dah sapu mentega. Kalau ada parchment paper, boleh guna juga.


7. Bakor lah selama 15 minit pada suhu 150-170C.

8. DAH SIAP...



Alah lupa nk sebut..satu adunan boleh hasilkan sehingga hampir 90 biji cookies.. lalala



Sunday, 15 July 2012

APPLE CRANBERRY MUFFINS..




Hmm..apple lagi...tak tau mana datang idea nak buat muffin yang ini..tapi inilah hasil eksperimen terbaru hehe

1. Prepare apple filling

Masak 3-4 biji apple dengan 1/2 cawan gula perang
* tambah 1 sudu kecil tepung jagung kalau nak ia jadi sedikit gel

2. Dry Ingredient..

Campur dan gaul..

a. 2 cawan tepung
b. 1/2 sudu kecil baking powder
c. 1/2 sudu kecil baking soda
d. 1 sudu besar serbuk badam (almond)

3. Wet Ingredient

Campur dan pukul kuat

a. 1 biji telur
b. 1/2 cawan gula (saya suka gula perang)
c. 1/4 cawan minyak jagung
d. 1/2 - 3/4 cawan susu

4. Masukkan wet ke dalam dry dan gaul rata. Seterusnya masukkan cranberry kering (dijual di pasaran yang 'ready-to-eat') dan sedikit parutan kulit oren (optional).

5. Masukkan adunan ke dalam muffin cup, lebih kurang 3/4 ketinggian, kalau isi penuh nanti melimpah..

6. Letakkan 1 sudu kecil apple filling di tengah dengan berhati-hati..

7. Tabur kepingan badam sebagai hiasan





8. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 15- 20 min. Lepas itu kira dh siap untuk di makan..




eh..kata cranberry..mana cranberry??...

ok koyak sikit..o0o0o tu dia menyorok.. hihi





Saturday, 14 July 2012

NASI TOMATO-TOMATO...TOMATO MAN.. ^_^


Lunch weekend..nak masak apa?..tiba-tiba rasa teringin pulak nk masak nasi tomato..
Maka bonda bagi resepi..

APA NAK SEDIAKAN DULU...


1. Bahan Tumis 

Hiris halus bahan berikut:-

1 biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Sedikit halia 
kulit kayu manis
bunga lawang

2. Tumis dengan sedikit minyak dan masukkan....

Pati Tomato

3-4 sudu besar tomato puree
1 biji tomato -> potong kiub kecil2

3. Masukkan 2 cawan beras (mestilah yang telah bersih) dengan 1 3/4 - 2 cawan air serta secubit garam dan gaulkan.

4. Bila nampak nasi hampir masak, masukkan...

a. Carrot parut
b. Kismis
c. Kacang gajus (jika ada)
d. Daun bawang dan daun saderi
e. Daun pudina (jika ada)

Gaul dan gembur-gemburkan nasi sampai betul-betul masak..

Lengkapkan dengan ayam masak merah. ^_^






KUIH KETAYAP..



Kali ni nk buat kuih tradisional yg simple sikit....Kuih Ketayap..walaupun simple tapi perlu catatan untuk simpanan. Dalam internet ada banyak jenis resepinya, tapi yang ini resepi bonda..simple..(sudah ada 3 kali simple di situ).. ^_^

MULA2...BUAT INTI DULU..

1.  3/4 cawan Gula Melaka / *Gula Perang dengan sedikit air untuk larutkannya  bersama 1 helai Daun Pandan..<-- untuk wangi.

*better kalau yang gula Perang Malaysia, bukan yang macam brown sugar

2. Masak 1/2 biji kelapa parut dengan air gula tadi..Masak hingga kelapa parut dan gula sebati dan kering..ok dah letak tepi dulu. 

LEPAS ITU...BUAT KULITNYA..

1. Campur dan gaul kan bahan-bahan berikut:-

a. 1 biji telur
b. 3-4 sudu besar  gula
c. 1 cawan santan
d. 1/2 cawan tepung
e. Air pati pandan (1/4 cawan lebih kurang) / pewarna hijau (2 titik)
f. secubit garam (optional)

2. Panaskan pan atau kuali

Letak sikit minyak masak..guna daun pandan yang disimpul..

Tuang satu senduk ke dalam kuali dan layangkan (bukan terbang melayang..) atau pusing supaya adunan nipis dan rata membentuk bulat.

Masak dengan api perlahan dan perhatikan....bila tepi-tepi kepingan adunan dah terangkat sikit..alih kepingan itu. 

Bila kedua belah dah masak angkat dan letak ini..lepas tu..gulung..gulung..dan gulung lagi..

ok dah..siap tersedia untuk sarapan atau minum petang..lalala..



Wednesday, 20 June 2012

MY FAV ORANGE CAKE... ^_^

(alahai..comot lak topping, x kemas mmbuat corak marble lg huhu)

"Eh banyak pula oren kt rumah ni..jom buat kek oren"..kata ibu ku secara tiba-tiba..hmm.. apa lg jom buat..

Resepi kek yg saya cuba ni tak sama mcm yang ada kt kedai2 nun..tak pakai coloring, flavoring, essence, paste ataupun emulco orange..nk buat tak susah..

BAHAN-BAHAN

2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking soda (bukan baking powder)
1/2- 1 cawan gula (kurang lebih baik)
1 cawan buttermilk (saya guna susu kotak jer)
3/4 marjerin / mentega
3 biji telur
1/2 cup golden raisin
1/2 cup chopped nuts (saya guna chopped walnut n serbuk badam)
parutan kulit oren (2 biji)
1 sudu besar jus oren (option)


Cara2 nya

1. Campur semua sekali dalam cake mixer dan..blend low speed 1/2 min dan high speed lebih kurang 3 minit..

2. Masukkan ke dalam bekas kek yang dh grease dgn mentega



3. Bakor selama 40 minit pada suhu 180C


4. Ok dah siap...



5. Jom letak topping..saya cuma cairkan coklat perisa oren dan buat corak dgn melted chocolate biasa (yang ini je main perisa2..tak payah topping pn dah kira sedap InsyaAllah..hehe). Tapi mungkin lagi sedap n hebat kalau nk buat topping  macam dalam buku resepi asalnya..seperti ini.......

(haaa...ko mampu??)..

Resepi frostingnya begini

Pukul sampai kembang..

1/2 cup soft margerine
4 1/2 confectioners sugar

tambah...

5 tbsp orang juice
Grated orange

Maka sapu lah dgn comel2 di atas kek..lalalala