Wednesday, 19 December 2012
DATE BARS.. a.k.a DATE CRUMBLE
Sebagai post terakhir untuk tahun ini...(mungkinkah terakhir??..hmmm..) resepi 'Date Bars' menjadi pilihan.
Saya cuba resepi ni pun atas permintaan bonda yang meminta supaya kurma-kurma yang ada di rumah dimanfaatkan. Nak buat senang..dan boleh dikatakan ada khasiatnya juga..cewah pasti ker??Nak tau kenapa ia a bit healthy adalah kerana antara bahan-bahan yang digunakan boleh dikatakan agak healthy.. Apakah bahan-bahan tersebut?Check it out...
A. DATE FILLING
1. 3 cawan kurma dibuang biji dan dilenyek
2. 2 sudu besar madu dan 2 sudu besar gula (gula pasir atau gula perang)
3. Sedikit parutan lemon dan orange
Masak dengan 1/2 cawan air sehingga kurma menjadi pekat seperti 'paste'. Biarkan ia sejuk sendiri.
B. BAHAN ADUNAN 'CRUMBLE'
1. 1/4 cawan shortening
2. 1/2 - 3/4 cawan marjerin / mentega yang telah dilembutkan
3. 1/2 cawan gula perang
---> Dicampurkan dan dipukul atau kacau dengan kuat supaya ia bertukar menjadi seperti krim
4. Masukkan 1 1/2 cawan tepung dan 1 cawan 'quick cooking oats' dan gaul secara 'crumble' (ramas dengan jari jeari sehingga ia bersatu dan padat)
C. LAPISAN DAT FILLING DAN CRUMBLE
1. Tekapkan adunan 'crumble' sehingga padat, mampat dan memenuhi bekas yang digunakan
2. Letakkan inti kurma (date filling/paste) sebagai lapisan kedua dan lebihan adunan 'crumble'
3. Tuang selebihnya dan tekap lagi.
4. Akhir sekali hiaskan dengan kepingan badam (kalau suka)
5. Bakar selama 25-30 min pada suh 150C
* Resepi ini adalah untuk satu lapis sahaja date filling..tapi memandangkan saya buat 2 lapis maka adunan crumble perlu lebih lagi dan hampir 2 kali ganda sukatannya. Semuanya perlu try an error.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment