Sunday, 9 December 2012

DURIAN CREPE 'TRAFFIC LIGHT'...


Entah kenapa sejak akhir-akhir ni..sejenis kuih yang diberi nama Durian Crepe (DC) menjadi kegilaan dan virus-virus di kalangan kawan-kawan..hmm..nak cuba lah rasa kan..apakah enak bagai dikata..

Jadi bila dah beli..hmm..first impression bila buka je bekas..bau durian pun mula menusuk kalbu..bila rasa plak..ia agak creamy sehingga mengusik jiwa..(over pulak)..

Yang sebenarnya..crepe telah lama wujud di muka bumi ini..resepi dulu kala adalah crepe suzzette..di mana..crepe iaitu adunan tepung yang semacam kuih ketayap itu..di makan dengan sos oren..

Namun terdapar R&D yang tak tah dari mana..dengan secara tiba-tiba muncul lah...fenomena durian crepe sempena musim durian ini..hehe..

Ok. berbalik kepada cerita asal...bila dah rasa syoknya DC ini..mula lah google resepi..search punya search....laa...pasaipa macam-macam pulak resepi crepe ni..ada pakai tepung ros la..tepung kastard la..tepung jagung..tepung gandum..tepung ubi kayu..haishh macam-macam jenis tepung..tak boleh jadi ni..akhrnya jumpa juga resepi mudah..yang guna prinsip kuih ketayap..

Jadi ini adalah resepinya.

BAHAN ASAS CREPE
3/4 cawan tepung
3/4 cawan santan
2 biji telur
Sedikit garam dan gula untuk rasa. (anggaran 1/2 sudu teh setiap satu)
*pewarna adalah

1. .Campurkan bahan-bahan di atas dan blend supaya adunan betul-betul halus dan cair*. Kemudian tapis..

*Sedikit air juga boleh ditambah jika campuran kurang cair. Campuran perlu sedikit cair supaya mudah membentuk crepe yang bulat..

2. Panaskan 'frying pan' pada api kecil..tuangkan sehingga bentuk bulat, nipis dan sekata..Bila adunan macam dah terangkat dari dari dasar 'pan', cepat angkat dari api..



3. Sediakan inti iaitu Non dairy Whipping cream* (whipped la dulu) dan isi durian yang telah di lenyek dan dilanyak kn..dan ia disusun di atas crepe tadi..
*Tiada salah kalau nak guna cream jenis lain, hasilnya tetap sedap. 


4. Kemudian lipat jadi bentuk 4 segi dan sedia untuk simpan dalam 'freezer' selama beberapa jam. Kalau buat malam, simpan semalaman adalah baik.


5. Bila dah sejuk beku..boleh lah makan..mmm..dapnye.. ^_^



No comments:

Post a Comment