Sunday, 13 October 2013

CHICKEN MANDY RICE



Rabu 10 April 2012, pertama kali berkenalan dengan Nasi Mandy semasa dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah dan singgah di restoran ni..Jazeera. Nampak nasi tu macam kering je..kata ‘mandi’ hahaks.. bila makan, ooh..rasa nasi saje pun sedap..  Malam terakhir di Makkah pun ada makan malam dengan nasi mandy ayam dan kambing yang dimasak secara tradisional (bawah tanah)..memang sedap sangat. teru jatuh cinta dengan nasi ni hehe. 





Bila balik ke Malaysia, mula lah tercari-cari nasi ni..kalau pergi restoran nasi arab memang rasanya sama, tapi ada yang rasa sama macam nasi beriani..hmm..bila ada kelas ajar masak nasi mandy ni..rasa tak sabar sangat nak belajar..boleh buat kat rumah pula. JOM MULA…

STOK AYAM UNTUK NASI ( 1 kg beras = 15 orang makan)

Rebus kesemua bahan-bahan di bawah sampai ayam masak…

    1.   2 ekor ayam
     
    2.   1 set rempah kasar 
              5 biji buah pelaga 
              4 kuntum bunga cengkih
              2 kuntum bunga lawang
             10 biji lada hitam
               1 sudu kecil jintan putih 
               2 batang kulit kayu manis 
               2 helai daun salam)

     3.     2 biji bawang Holland (dipotong dadu) + 2 biji tomato (dipotong dadu)

     4.      4 ulas bawang putih (diketuk)

     5.       1 biji buah pala (diketuk)

     6.       1 inci halia (diketuk) à agak2 je 1 inci tu hehe

     7.       2 sudu kecil rempah Mandy

     8.       2 sudu garam (dicadangkan garam bukit, tapi apa yang ada la, garam laut ke sungai ke..acah je hehe)

     9.       ½ sudu kecil serbuk saffron





1  




PENYEDIAAN NASI...

1. Tumis 1 labu bawang besar (dipotong dadu dan 1 set rempah kasar -> tumis gunakan vegetable ghee / mentega/ minyak jagung)

2. Masukkan 2 biji tomato yang dipotong dadu

3. Masukkan  cawan beras (1 kg beras) dan goreng sehinga berkilat.  Masukkan 7 cawan stok ayam dan ratakan beras. 

4. Letakkan limau /lermon kering di tengah-tengah beras dan tutup periuk, biarkan selama 20 minit. Buat lubang di tengah nasi untuk pastikan air telah kering. 

5. Apabila air telah kering, taburkan sedikit serbuk saffron dan gaul rata. 

6. Letakkan arang berasap (ke dalam bekas) di tengah lubang nasi dan tutup dan biarkan selama 15 minit.
Apabila asap telah hilang, tutup api. Langkah ini yang untuk beri aroma asap 'smoke smell' dan ini yang buatkan nasi mandy lebih unik. (boleh 'skip' langkah ini jika tidak mahu). 









PENYEDIAAN AYAM PANGGANG 

2 ekor ayam yang telah direbus (daripada stok)

4 sudu rempah perap mandy

1 biji bawang besar – dihirs bulat

2 sudu besar madu

5 ulas bawang putih diketuk

1 biji lemon dihiris bulat

1. Perapkan semua bahan dengan ayam selama 15 minit.

2. Panaskan minyak dan dan letakkan daging dan bahan rempah. Gaul sehingga kering.

Alternatif lain yang saya cuba adalah perap semua bahan-bahan dengan ayam dan panggang guna oven pun boleh..tapi jangan lama sangat, 150C, 10 minit pun cukup memandangkan ayam memang dah masak. Cuma bila di 'roast' rasa lebih terangkat ehehe.






PENYEDIAAN SALATAH /SOS

Kisar semua bahan di bawah

4 biji tomato

4 cili merah

1 biji bawang besar

sedikit daun ketumbar

jus lemon, garam dan gula.



Kalau agak-agak tak lalu nak makan mentah, boleh la masak bahan-bahan sos ni. 

PENYEDIAAN SALAD

Campurkan bahan-bahan dibawah. 

2 Biji timun jepun  atau timun biasa 

1 biji capsicum ( ikut suka warna apa, nak campur kuning, merah dan hijau pun boleh, lagi cantik)

1/4 biji jus lemon

secubit garam 

2 sudu kecil minyak zaiton





Hidangkan bersama... (ini versi buat di rumah..sempena Hari Raya Aidiladha)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...baca doa dulu sebelum makan..hehe




No comments:

Post a Comment