Sunday, 26 May 2013

SWEET SOUR FISH FILLET ^_^



Bagi memenuhi keinginan bonda yang nak makan sweet sour fish fillet yang macam selalu ada terhidang di kalangan lauk-pauk kenduri tu, maka ayahanda telah berusaha beli fish fillet di pasaraya 'gergasi' berhampiran..Seperti biasa tugas saya adalah jadikan ia kenyataan. Korek-korek resepi tnet dan cuba untuk customized resepi sendiri..

SEDIAKAN IKAN DULU...(up to you..)

1. Potong fish fillet ikut saiz sesuka hati. (2 -4 fillet)
2. Celup ke dalam campuran 3/4 cawan tepung beras + 1/4 cawan tepung gandum + sedikit serbuk kunyit + secubit garam
3. Goreng laa...





SEDIAKAN KUAHNYA..

1. 2 sudu besar cili kering yang dikisar
2. 1 labu besar bawang merah + 3 ulas bawang putih -> Dikisar bersama
3. 1/2 inch halia dhiris

-> Tumis sampai naik bau
-> Masukkan..

4. Hirisan lada benggala + nenas dipotong 3 segi kecil + 1 biji buah tomato dipotong 6
5. 3 senduk tomato sos + 1 sudu besar madu + garam secukup rasa + sedikit gula
6. carrot (kalau suka)

Masak la sehingga mendidih kuahnya..

Boleh tuang dan hidang...lala siap la untuk lunch atau dinner.. (tambah hirisan daun bawang dan tomato ceri untuk hiasa)..

Tadaa...










Thursday, 2 May 2013

KUIH KOCI DENGAN INTI LEMPUK DURIAN


Setelah sekian lama tak main masak-masak kuih ni..dan setelah sekian lama juga angan-angan nak cuba buat kuih koci..my fav..walopn orang kata susah buat kuih ni..tapi apa salahnya kalau cuba kan..lagipun bonda cadangkan buat sesuatu yang baru pada inti koci ni.jom letak lempuk durian..Lempuk Durian?..hmm give a try lah kan..

Kuih koci ni banyak sangat step dia..walaupun percubaan pertama, hasilnya tak berapa comel..tapi nak tulis juga resepi yang dicuba kali ni..

NAK BUAT APA DULU..

Layurkan daun pisang atas api..tujuan nak bagi lembut dan senang bentuk. Poton lebih kurang 5 inci x 5 inci..agak2 je saiz nya..

SIAPKAN INTI

2 cawan kelapa parut

1 blok kecil gula melaka + 1/2 cawan gula pasir

2 sudu besar lempuk durian

Pintalan daun pandan (saje nak bagi wangi jer)

-> Cairkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih

-> Masukkan lempuk durian dan kacau

-> Masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati dan air gula mengering






DOUGH KOCI

2 cawan tepung pulut + 1/2 cawan tepung pulut hitam

1 cawan santan

Garam secukup rasa

Air secukupnya

-> Gaulkan adunan tepung pulut dengan garam

-> Masukkan dan santan dan air sikit demi sikit supaya semua sebati dan membentuk dough

* Tambah tepung pulut sikit demi sikit jika dough terlalu melekit dan sukar dibentuk



-> Ok..bentukkan mangkuk kecik dan masukkan inti..bentukan bulat comel jangan bagi inti keluar. 

* Pastikan tangan betul-betul kering..diulangi..betul-betul kering sebelum membentuk..untuk elak tepung melekat pada tangan..

* Sapukan sedikit minyak masak atas daun sebelum letakkan kuih atas daun untuk elak lekit dan lekat selepas masak. 



 TOPPING.. (topping lah sangat...)

Santan pekat dan sedikit garam digaul..dan dituang sedikit atas kuih koci yang dibentuk tadi..

Balut lah apa lagi..





KUKUS...


Kukus selama 15-20 min. Lihat warna daun berubah..












Friday, 29 March 2013

BAKED STUFFED BELL PEPPER





Dah lama juga tak upload resepi bonda..kali ni nak masak something yang tak pernah saya makan..kisahnya bermula ayahanda pulang dari pasar malam, sedang nak simpan sayur dan bahan mentah kering yang lain, tiba-tiba bonda nampak lada benggala ni..atau capsicum atau bell pepper..banyak pulak tu.haisshh nak masak apa ni?...

Bonda kata jom la try buat stuffed bell pepper..

Hah?apa tu...camna nak masak tu..ok mula lah nk korek buku resepi klasik bonda.tulisan aunty Betty Crocker..owh ada rupanya resepi ni..Tapi bonda mau ubah sikit..a bit of fusion touch

Okay...jom masuk dapur


THE BELL PEPPER..

1. Cut the top of the bell pepper but dont throw it away...put a side..

2. Soak in boiling water for maximum 3 min. Let it rest...



THE STUFF...CHICKEN OR BEEF...AS YOU WISH...

1. Red Onion (1/2 ) + garlic (2 cloves) + ginger (1 slice , optional) => Chopped and saute (tumis dgn sikit    
     minyak)

2. Put 1 small bowl of minced chicken or beef + 1 table spoon of kurma or kari powder + Salt and pepper => Mix together and stir until chicken half cooked

2. Add small amount of mixed vegetables  (corn, peas and carrot) + (1/2 red onion + 1 tomatoes + 1 chili ) and cook about 5 min

3. Placed into the bell pepper..and pour a small amount of tomato ketchup...




TIME TO BAKE....

Bake at 150C for 30 min..

Done...



Hmm.. it seems like mine was overcooked...(According to the recipe book it stated 45 min..huhu)..but Bonda advice..next time..just try 30 min...

Ok jom makan dengan nasi...hehe  (sat..sat hang ck omptih...sat..sat..hang ckp melayu..) hehhe

Tuesday, 5 March 2013

FRUITY ALMOND CINNAMON ROLLS



Tak tahulah kenapa rasa macam dah lama tak buat cinnamon roll dan tiba-tiba terasa plak nak buat hehe. Bukan apa sekadar nak makan sesuatu yang lain sikit di hujung minggu. Lagipun nampak beberapa kotak kecil kismis yang rasa baik la ia digunakan.

LETS START..

Macam biasa la kasi hidup itu yis dulu..

1 tbsp of dry yeast + 1tbsp sugar  + 1 tbsp wheat flour => Dilute in small amount of warm water..and close it for few minutes, wait until bubbles come out..hehe

sambil-sambil tu boleh la basuh pinggan ke bancuh wet ingredient ke..

WET INGREDIENT..

1 large egg + 1/2 cup milk + 1/2 cup sugar + 1/2 cup margerine/butter (then melt it before mix together)
=> mix and beat

Add the yeast into this mixture

DRY INGREDIENT

About 4 cups of wheat flour

AFTER THAT...

Make a whole in the flour, pour the wet ingredient and mix

knead until it become a dough..nicely like a pillow. hehe. Close and wait until it rise for at least 1 hour.
(Uli semua bahan-bahan sehingga membentuk doh, tambah tepung jika perlu..bentukkan seperti bantal seperti gmbar di bawah)..

O0o0oppss..aiseyman.. lupa nak ambil pic sebelum..tengok terus lah rupa doh yang dah naik selepas 2 jam..pembesaran doh adalah sebanyak 2-3 kali ganda. jeng..jeng..


Make a small hole just to see  how much it rise..

THE FILLING

Golden raisins + Black raisins + Cranberry + Brown sugar + 1 -2 tsp of cinnamon + 1 tbsp of Almond powder + almond slice
* the amount of the fruits, almond and sugar is up to your preference :)

ITS TIME TO ROLL

Let these pictures tells...








Then..place nicely in greased baking pan. Close and wait at least 1 hour until it rise again..











LETS BAKE...

Sprinkle some slice almonds and greased with melted butter.

Bake at 150C about 20-30 mins.

Try to spread with butter while it's still hot.. nice for breakfast and evening tea..hikhik ('_^)v




\(^_^)/ daaa...


Monday, 4 March 2013

SWEET SOUR BAKED SALMON



"Adoi nak masak lauk tambah apa malam ni?"..nak buat yang senang tapi bajet sedap. lepas tu bonda bg idea. "Try buat sweet sour salmon tapi jangan goreng plak ikan tu...baked".

Hmm.. ok gak. cer try..cer try..nak cerita secara spesifik memang tak ingat sukatannya..biasa la masak lauk selalu agak-agak jer..dan secukup rasa..ok lah..hanya tulis sekadar yang mampu.

THE FISH...

a pinch of salt + a pinch of black pepper + few chopped ginger  => baked for 20-30 min at 150C

THE SWEET SOUR SAUCE

3 cloves of garlic + 1 big red onion + 1 slice of ginger + 1 red chilli => blend

Tumis dengan sedikit minyak..sehingga naik bau. Ad (tetiba BM plak hehe)

Add 1 table spoon of tomato puree + half cup of water

Pour small amount of chilli sauce + 1 table spoon of honey

Add chopped tomato and pineapple
(pineapple will enhance the taste of sweet sour,..., saya tak letak sebab takda stock, kalau ada lebih terangkat)

Stir until boiled and add water if needed

Finally add chopped leek and celery (daun bawang dan daun saderi (daun sup), saderi wonderpet pun boleh)..

Pour the sauce on the baked salmon.. and done...lalala ('_^)v








Friday, 1 February 2013

IPOH WHITE COFFEE BUN (ALA MEXICAN BUN / ROTIBOY)



Setelah gagal menghasilkan roti yg molek sebelum ni, maka tak boleh putus asa..ada lagi 1 species roti yang dah laaamaaa sangat nak cuba buat..Mexican Bun!! alaa macam yang kat kedai Roti Boy tu..enak dimakan panas-panas..ada mentega cair tersembunyi di dalam dengan aroma kopi nan klasik bersama kerak manis di atas umpama lava yang melimpah mengeras..(merepek sudah.. ) 

Maka dengan semangatnya pulang dari kerja, meredah traffic jam, sampai rumah je terus serang dapur dan cari bahan..temanya..nak buat sedikit inovasi pada resepi..sikit je inovasinya..nak cuba guna 'Ipoh White Coffee' maa..instead of ordinary coffee..(rasa lebih kurang je kot bila dah tenggelam dalam roti hehe). 

Jom Mula.

1. Hidupkan yis..

- 1 sudu besar yis +1 sudu besar gula + 1 sudu besar tepung + sedikit air suam ---> tutup dan tunggu    sehingga naik buih.

Sementara tu..

2. Sediakan bahan basah..

1 biji telur 
1/3 cawan gula
1/3 susu (full cream/low fat)..
1/4 Minyak sayuran ringan (jagung atau bunga matahari) ikut suka la apa yang ada di rumah.
4 sudu besar serbuk Ipoh White Coffee instant*

--> Pukul sampai sebati

* 1 paket Ipoh White Coffee (saya guna perisa hazelnut) sukatannya lebih kurang 1/3 cawan. 4 sudu besar untuk roti dan 2 sudu besar untuk topping.

3. Masa untuk menepung..

Sediakan 3-4 cawan tepung gandum yang telah diayak..buat lubang di tengah dan masukkan 'bahan basah'  
bersama  yis tadi..

Gaulkan sehingga sebati dan tambah tepung sikit demi sikit sampai boleh uli dan membentuk 'bantal' doh. 

Tutup selama sekurang-kurangnya sejam supaya doh naik. 

Bila dah naik, uli sedikit lagi supaya 'bantal' tadi membentuk bantal yang panjang dan potong kecil-kecil  (lupa nak amik gambar, harapnya boleh imagine.  

Kemudian bentukkan bulat-bulat dan leperkan sedikit untuk masukkan mentega di tengah..



Tutup mentega dengan bentuk doh jadi bun bulat dan comel-comel..tutup dan tunggu sehingga bun naik  mengembang lagi. 

- Sementara tunggu doh naik, boleh buat topping.

4. Topping 

Adun bersama 1/2 cawan mentega +  1/2 cawan gula icing menggunakan hand mixer -->  pukul (beat and blend) dengan kelajuan tinggi (speed 3-5)

Tambah 1 biji telur + 2 sudu besar serbuk Ipoh White Coffee + 1/2 sudu teh coffee emulco --> teruskan beat sampai emulco dan serbuk coffee sebati dan sekata warnanya..

Akhir sekali masukkan 1/4 sudu tepung gandum -->  beat lagi sehingga hasilnya lebih kurang begini........




Letak dalam 'piping' dan 'pipe' atas roti bun. Kalau takda set piping cream, letak je 'selepuk' atas roti guna sudu. 



5. Masa untuk membakor...

Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 15- 20 minit. 

Wokeh...siap!! Impian tercapai.. \(^_^ )/



Adoi..complicated nya..penat juga membuat bun ni..tapi puas hati sangat dengan hasilnya..walaupun tidak lah rupa komersial but still love it.. <3