Loading...

Tuesday, 8 November 2011

Peach Crumble...lalala



Raya Haji ni nk buat apa yer nk jamu family especially kanak2 yg dtg..??..sesuatu yg simple dan bahan- yg dh sedia ada di rumah..
Dah banyak kali sgt buat apple crumble kan..kali ni cuba plak buat peach crumble..
Hasil search dlm tnet dan buku resepi..maka saya develop resepi hasil gabung2 sesuka hati..

Mula-mula....buat BASE atau tapaknya..

1. Ayak lebih krg 1 1/2 -2 cawan tepung + 2 sudu besar serbuk koko
2. Gaul dan 'crumble' dengan tangan bahan tadi bersama 1/2 cawan Marjerin / Mentega sampai jadi bintil2..(betul ke istilah yg saya guna ni..hehe)
3. Tambah 3 sudu besar susu segar + air (kedua-dua mesti sejuk), Campur sikit2 sampai jadi mcm ala2 dough.  Uli dan leperkan. Letak ke dalam bekas yang telah disapu dengan marjerin dan taburan sikit tepung
* Jika dough agak lembut akibat terlebih susu, just cubit dough dan ratakan saja dalam bekas..(melalui experience, kalau tepung sikit dan susu terlebih ia akan jd agak lembik)
4. 'Blind Baking' (bakor base ajer)..pada suhu 180C, 15 min (sampai keras sikit)

Sambil-sambil tu..Prepare INTI

Gaul bahan2 berikut...
1. 3/4 - 1 tin peach halves (yg sebnarnya lg bagus kalau ada peach fruit tu itself..)
2. 1.2 cawa gula perang
3. 1 sudu teh cinnamon powder (serbuk kulit  kayu manis)
4. 1 sudu besar tepung jagung ( utk pekatkan sikit jer)
Option : parutan kulit oren dan beberapa titik perahan oren atau lemon (lemon zess)* one drop x cukup utk beri rasa masam2 manis
*Kalau agak berair , tapis dan masak air tapisan tu sampai mula didih supaya jadi pekat.
5. Susun buah dan tuang pekatan.

TOPPING CRUMBLE

Campur dan Gaul aje (lebih baik prepare topping sebelum prepare inti, supaya buah tak terdedah lama)
1. 1 cawan tepung
2. 1 cawan Oats
3. 2 sudu besar Almond Powder + 1/2 cawan hirisan Almond..(chunk besar pun ok)
4. 1/2 sudu teh cinnamon powder + 1/2 sudu teh serbuk buah pala..(nk senang kisar jer hirisan buah pala yang kering)*buah pala is optional jer..tak suka atau takda..tak perlu.
5. 1/2 cawan gula perang
6.  Marjerin atau Cream (3/4 cawan mentega + 1/2 gula pasir yang dah dihaluskan sikit + vanilla atau toffee flavor) -> dipukul sampai jadi mcm krim
7. Letak atas buah tadi dan bakor lah..180C selama lebih kurang 25 min..(mcm biasa cucuk tgk lekat apa tak pada lidi, garpu, kalau tak banyak yang melekit, maka dh nak siap masak)

Last but not least...lepas bake, tunggu sejuk kejap dan pakai kan topping dgn bedak ( tabur dan ayak icing sugar) supaya nampak gebu berseri hehe.. :P







(Disebabkan pie ni dibuat secara tergesa2 lepas smayang raya, maka tak sempat nk amik pic step by step)

Hmm..agak2nya kalau tukat peach dgn plum mcm mana yer rasa dia..

No comments:

Post a Comment