Sunday 29 December 2013

NASI ARAB MAQLUBAH (AYAM)


Dah lama juga tak join kelas masak nasi arab ni..lepas Kabsa & Mandy, terinign juga nak buat Nasi Maqlubah atau Nasi Bukhara..Bila dapat tau jer ada kelas nasi arab Maqlubah, terasa nak join sangat sebab kakak ipar pernah buat Nasi Maqluba versi kambing...sedap sangat..

Nasi Maqlubah ni boleh dikatakan sebagai nasi yang 'up side down' di mana cara masak, lauk dan sayur di bawah, nasi di atas..dan bila nak hidang kene tuang dan haruslah lauk pauk tadi bertimbun di atas.

Kata cikgu yang mengajar ni..orang panggil Cikgu Ummi (Ummi Nadrah nama diberi)..dia belajar dari seorang kawan yang tinggal di Jordan. Cara nak buat memang complicated sikit..Maka resepi di bawah adalah apa yang diajar..untuk 1 kg beras Yaman dan yang diperlukan adalah seekor ayam. (saiz hidangan 10 - 15 orang makan)

APA PERLU BUAT DULU...


A) Stok Ayam

30 gm akar ketumbar (basuh, basuh dan basuh)
2 batang  celery ( dipotong kasar)
3 biji bawang besar (dipotong kasar)
20g halia  (lebih kurang besar ibu jari--diketuk)
10g daun pudina
4 ulas bawang putih ( diketuk)
20 g kulit carrot atau hirisan carrot (jika dah biasa buang kulit carrot)
200g kaki dan leher ayam. (kalau tak suka mungkin boleh cuba tulang ayam)
garam secukup rasa
1/4 sudu teh serbuk saffron
2 sudu besar rempah Maqlubah (boleh juga pakai rempah Kabsa jika ada)
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 cawan air

1. Rebus kesemua bahan di atas sehingga kaki dan leher ayam lembut.
2. Masukkan ayam dan rebus sehingga ayam setengah masak





B) Sayur Goreng

2 batang carrot
2 tongkol bunga kubis
5 biji kentang
1 biji terung

1. Potong kasar semua sayur di atas dan goreng hingga kuning.
(dinasihatkan terung digoreng berasingan kerana sedikit berair)






C) Pneyediaan Nasi Maqluba

1. Tumis bahan-bahan di bawah:-

1 sudu besar Vegetable Ghee
1 set rempah kasar ( lebih kurang 2 btg kulit kayu manis + 2 kuntum bunga lawang + 5 bunga cengkih + 10 biji lada hitam + 2 biji bunga pelaga)
1 labu bawang besar Holland (bawang besar warna kuning kehijauan) yang dipotong dadau
1 biji limau kering
sehelai daun dalam (jika ada)
1 sudu kecil rempah Maqlubah

2. Masukkan 1 kg Beras Yaman dan goreng sedikit sehingga kering




D) Lauk Ayam

Ambil ayam dari stok ayam (Bahan A) dan goreng sehingga kuning.
* Boleh perap sedikit dengan rempah jika suka rasa ayam lebih berempah



BAGAIMANA YANG DIKATAKAN SEBAGAI NASI MAQLUBAH...

1. Dalam satu periuk yang lebih besar, masukkan ayam bersama sayur yang telah digoreng tadi.

2. Masukan nasi yang telah digoreng ke atas ayam dan sayur.

3. Masukkan 7 cawan stok ayam dan gaul rata

4. Tutupkan dengan kain yang lembap untuk  memastikan nasi tidak mudah kering dan kekal 'moist'
( langkah ini hanya cadangan)

5. Nasi ini dimasak pada api perlahan selama 20 minit.








DAH SIAP MASAK..MASA UNTUK HIDANG...

Telangkupkan nasi dan bahan dibawahnya ke dalam mangkuk besar atau dulang..(pak arab memang tradisi makan dalam dulang kongsi ramai)..



Ok..jom baca doa makan... ^_^







Sunday 22 December 2013

BANANANA MUFFINS



Mood membaking rasanya dah makin down, tapi pada satu pagi selepas solat subuh, tiba-tiba bonda bisik teringin nak makan muffin...huhu baiklah..tema kali ni..muffin pisang...memang belum pernah buat lagi..berangannya nak buat texture yang lembut gebu mcm muffin Kenny Rogers..


Hmmm..ok kali ni resepi muffin mungkin agak berbeza sikit teknik berbanding yang saya cuba sebelum ni..korek resepi sana sini..study...dan hasilnya percubaan resepi seperti di bawah..

Lets go step by step...

1) PENYEDIAAN (PREPARATION)..........

BAHAN (INGREDIENT) A "(KERING/ DRY) :

Ayakkan kesemua bahan di bawah (Sift together all the ingrdients below....)

1 1/2 cawan (cup) : tepung gandum ( all purpose flour)

1 sudu teh (tsp) : baking powder

1 sudu teh (tsp) : baking soda


BAHAN (INGREDIENT) B : (BASAH/ WET)

Pukul (beat) : 1/3 cawan (cup) mentega (butter) + 3/4 cawan (cup) gula (sugar) sehingga menjadi krim  (till it become creamy)

Masukkan (add) 1 biji telur (egg) + 1/2 cawan (cup) susu (milk)

BAHAN C : BAHAN UTAMA (THE MAIN FLAVOR)

Lenyek (Mashed) / Kisar (blend) 2 biji pisang bersaiz besar (large bananas) * saya guna pisang Montel  + 1/3 cawan (cup) kismis (raisins) + 2 sudu besar (tbsp) hirisan buah pala kering (dry sliced nutmeg

* nutmeg is optional



2) CARA-CARA (METHODS)

Masukkan Bahan C ke dalam adunan Bahan B dan pukul lagi..
(Combine Ingredient  C into B and continue beating) 

Masukkan Bahan A dan gaul adunan sehingga sebati 
( Fold in Ingredient A and mix well) 

Masukkan adunan ke dalam bekas
Place mixture in muffin cups.




Bakar pada suhu 160- 180C selama 20 minit.
Bake at 160 - 180C for 20 min


DONE!  ^_^ 






Sunday 8 December 2013

DURIAN CAKE...

                                 

                                            (owh...agak senget potong kek)..


Dek kerana terlalu banyak durian dalam peti ais...terfikir nak kerjakan ia dengan sesuatu yang tak pernah saya cuba lagi..belek-belek buku resepi zaman bonda muda-muda dulu..ada resepi durian cake di situ...hmmm..tak sabar nak cuba sebab tengok bahan dan langkah-langkah nak buat tidak lah 'complicated'.. Maka saya kongsikan resepinya di bawah...

JOM MULA>>>

BAHAN-BAHAN...

 4 biji telur (asingkan telur kuning dan putih)

1 3/4 tepung gandum + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh baking soda (diayak bersama) = kita namakan ia CAMPURAN TEPUNG*

 1 cawan gula

  3/4 cawan mentega

1 cawan durian yang dihancurkan (mashed)


APA NAK BUAT DULU YA....

1. Pukul telur putih sampai kembang



letakkan ke tepi...

2. Hancurkan isi durian 4-5 biji..bergantung kepada jenis dan saiz durian...(boleh hancurkan dengan tangan atau lebih baik kisar isinya..



3. Pukul mentega dan gula sehingga jadi krim


4. Masukkan telur kuning satu per satu dan pukul lagi...(masuk satu, pukul..masuk satu pukul lagi sampai sekata..dan seterusnya...)

5. Masukkan isi durian hancur dan pukul lagi sampai sebati..(sungguh ayat skema hehe)

6. Gaulkan adunan ini dengan putih telur yang kembang tadi. (fold in dont continue beat)

7. Masukkan campuran tepung* dan gaulkan sampai sebati adunan kek (fold in)

8. Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas kek

9. Bakar selama 30- 40 min pada suhu 160-180C. Dari masa ke semasa periksa samada kek sudah masak atau belum. (cucuk lidi, kalau tidak ada apa yang melekat, maka dah masaklah)

~~~~~hmm sedapnya bau dari oven... ^_^

.
10. ermmm...lepas tu hiaslah sesuka hati..tak payah hias pun takpa..masuk je mulut terus...

(eh la..gmbar ni lagi..hehe..sebab tak banyak shot sebelum dan selepas, maka ulang balik pose kek yang lebih kurang sama saja..lupa nak amik gambarnya tanpa dihias..)

SELAMAT MENCUBA.. \(^_^ )/

Saturday 7 December 2013

CHOCOLATE BROWNIES WITH CHOC AND STRAWBERRY SAUCE


Rasanya dah lama sangat tak buat chocolate brownies...kaedah nak buat takda la sesukar mana, tapi kali ni nak cuba buat topping yang meleleh gitu. hehe

Disebabkan baru-baru ni ada tengok drama berlatar belakangkan Cameron Highland dengan tema strawbeerry, maka mula la berangan nak 'stoberi' juga..

CHOCOLATE BROWNIES FULLY LOADED. 

1. Cairkan 1/2 cawan unsweetened choc (coklat masakan) dengan 2/3 cwn shortening / mentega

2. Add in (masukkan)...dan gaul sebati 

    1 1/2 cawan gula 

    4 biji telur

3. Masukkan 1 1/4 cawan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan gaul 

4. Tambah 1 cawan kacang walnut + pistachio + badam + gajus+ sedikit kismis yang telah dicincang (kacang dan kismis adalah ikut kesukaan) 


5. Gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang telah dilapisi dengan mentega (sungguh ayat buku..hihi)


6. Bakar selama 20 min pada suhu 180C. 

GLOSSY CHOCOLATE FROSTING

1. Cairkan 3/4 cawan unsweetened chocolate dengan 3 sudu besar shortening / mentega dengan api perlahan 

2. Masukkan 2 cawan gula konfeksi + 1/3 cawan susu 1 sudu teh vanilla (jika ada) dan pukul sehingga pekat (beat untill smooth)

3. Tutup api dan sejukkan ke dalam mangkuk berisi ais, teruskan pukul sehingga kepekatan jadi konsisten/ sekata

4. Tuangkan atas brownies yang telah masak sehingga rata permukaannya. 

STRAWBERRY SAUCE




1. 10 biji atau lebih buah strawberry dibahagi 3, atau tak potong langsung pun ok. 

2. Masak bersama 1 cawan gula dan sedikit perahan lemon. Masak dengan api perlahan sehingga jus buah   keluar  dengan sendirinya..                       

3. Sejukkan sebentar   dan tuangkan atas brownies dengan lapisan pertama adalah glossy chocolate frosting. 

* topping 2 lapis adalah sekadar suka-suka    

                                                                                                                                                                
4. Potong brownies dalam bentuk kiub untuk hidang.. ^_^ 














Friday 6 December 2013

SPICY PAN FRIED DORY FILLET


Resepi testing kali ni, bunyi je hebat..tapi sebenarnya sesuai untuk masak secara ekspress dan mudah. Boleh makan lunch, dinner pun boleh.. Tak perlu nak celoteh banyak..saya share je resepi sesuka hati saya hehe.

WATAK UTAMA: Sekeping Fillet Ikan Dory, (boleh didapati di hypermarket berdekatan anda hehe)
-  ikut suka nak potong kepada berapa keping ( bahagi 2-3 pun boleh)

BAHAN LUMURAN  (BAHAN PERAP)

1/2 bawang besar + 2 ulas bawang putih + 1 biji cili merah hidup -> dikisar

2 sudu besar tomato puree

2 sudu besar tomato sos

secubit garam secukup rasa

1 sudu teh lada hitam serbuk

1 sudu teh serbuk Oregano

1 sudu teh Thyme

1 sudu besar minyak zaitun (olive oil)

MULA MASAK

1. Perap fillet ikan dory  dengan bahan perap selama sekurang-kurangnya 30 min.

2. Panaskan 'frying pan' dengan sedikit minyak, jika jenis non-stick tak perlu minyak.

3. Masak fillet dory atas frying pan dan alih-alih sehingga kedua-dua bahagian ikan masak sepenuhnya.

4. Lebihan bahan perap boleh dimasak dan dijadikan sos.

5. Hiaskan ikut suka. Saya cuma taburkan daun bawang.

Hasilnya adalah seperti gambar di atas. ^_^

Thursday 17 October 2013

'DAGING KORBAN' GRILL WITH SWEET PEPPER SAUCE



Sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ni..Alhamdulillah dapat rezeki daging korban..Tapi nak masak apa?Sup?Kurma? jom la cuba masak ala western pula..hehe. Bonda ada cadang untuk grill atau roast daging tu dengan Texas Barbeque Sauce (salin resepi dar TV), tapi disebabkan tak cukup bahan, maka saya ubah sikit resepi tu.

Mula sekali saya kongsi dulu resepi Texas Barbeque Sauce

TEXAS BARBEQUE SAUCE...

1. Tumis : 3 bawang putih + 1 labu bawang besar (yang dikisar bersama) dengan mentega sehingga kuning.

2. Masukkan sedikit air dan bahan-bahan berikut:-

- 1/2 cawan tomato sauce
- 1/2 sudu besar apple vinegar
- 1 sudu besar gula perang dan 1 sudu besar madu
- 1/4 cawan stock daging
- 1 sudu besar serbuk paprika dan 1 sudu besar serbuk cili
- 3 sudu besar worcestershire sauce (Lea & Perins)
- 1 sudu besar kicap (soy sauce)

3. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

SWEET PEPPER SAUCE (resepi syok sendiri ni hehe)

1. Tumis : 3 bawang putih + 1 labu bawang besar (yang dikisar bersama) dengan mentega sehingga kuning.

2. Masukkan sedikit air dan bahan-bahan berikut:-

- 1/2 cawan tomato sauce dan tomato hancur (dikisar)
- 1/2 sudu lada hitam yang dikisar
- sedikit hirisan lada capsicum ( saya pilih 3 warna capsicum- untuk nampak warna warni )
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu besar gula perang dan 1 sudu besar madu
- 1/4 cawan stock daging
- 1 sudu besar serbuk oregano dan herba thyme
- 1 sudu besar kicap (soy sauce)





3. Masak sehingga kuah menjadi pekat. 



4.Guna kan mana-mana jenis sauce dan perap dengan daging (dipotong nipis- sliced) yang telah dilumur dengan garam. 


5. Perap daging selama 30 minit dan bakar pada suhu 150C selama 30 minit.

Hiaslah sedikit, saya tak reti bab nak hias ni, ala kadar syok sendiri jer..hehe ^_^



Sunday 13 October 2013

CHICKEN MANDY RICE



Rabu 10 April 2012, pertama kali berkenalan dengan Nasi Mandy semasa dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah dan singgah di restoran ni..Jazeera. Nampak nasi tu macam kering je..kata ‘mandi’ hahaks.. bila makan, ooh..rasa nasi saje pun sedap..  Malam terakhir di Makkah pun ada makan malam dengan nasi mandy ayam dan kambing yang dimasak secara tradisional (bawah tanah)..memang sedap sangat. teru jatuh cinta dengan nasi ni hehe. 





Bila balik ke Malaysia, mula lah tercari-cari nasi ni..kalau pergi restoran nasi arab memang rasanya sama, tapi ada yang rasa sama macam nasi beriani..hmm..bila ada kelas ajar masak nasi mandy ni..rasa tak sabar sangat nak belajar..boleh buat kat rumah pula. JOM MULA…

STOK AYAM UNTUK NASI ( 1 kg beras = 15 orang makan)

Rebus kesemua bahan-bahan di bawah sampai ayam masak…

    1.   2 ekor ayam
     
    2.   1 set rempah kasar 
              5 biji buah pelaga 
              4 kuntum bunga cengkih
              2 kuntum bunga lawang
             10 biji lada hitam
               1 sudu kecil jintan putih 
               2 batang kulit kayu manis 
               2 helai daun salam)

     3.     2 biji bawang Holland (dipotong dadu) + 2 biji tomato (dipotong dadu)

     4.      4 ulas bawang putih (diketuk)

     5.       1 biji buah pala (diketuk)

     6.       1 inci halia (diketuk) à agak2 je 1 inci tu hehe

     7.       2 sudu kecil rempah Mandy

     8.       2 sudu garam (dicadangkan garam bukit, tapi apa yang ada la, garam laut ke sungai ke..acah je hehe)

     9.       ½ sudu kecil serbuk saffron





1  




PENYEDIAAN NASI...

1. Tumis 1 labu bawang besar (dipotong dadu dan 1 set rempah kasar -> tumis gunakan vegetable ghee / mentega/ minyak jagung)

2. Masukkan 2 biji tomato yang dipotong dadu

3. Masukkan  cawan beras (1 kg beras) dan goreng sehinga berkilat.  Masukkan 7 cawan stok ayam dan ratakan beras. 

4. Letakkan limau /lermon kering di tengah-tengah beras dan tutup periuk, biarkan selama 20 minit. Buat lubang di tengah nasi untuk pastikan air telah kering. 

5. Apabila air telah kering, taburkan sedikit serbuk saffron dan gaul rata. 

6. Letakkan arang berasap (ke dalam bekas) di tengah lubang nasi dan tutup dan biarkan selama 15 minit.
Apabila asap telah hilang, tutup api. Langkah ini yang untuk beri aroma asap 'smoke smell' dan ini yang buatkan nasi mandy lebih unik. (boleh 'skip' langkah ini jika tidak mahu). 









PENYEDIAAN AYAM PANGGANG 

2 ekor ayam yang telah direbus (daripada stok)

4 sudu rempah perap mandy

1 biji bawang besar – dihirs bulat

2 sudu besar madu

5 ulas bawang putih diketuk

1 biji lemon dihiris bulat

1. Perapkan semua bahan dengan ayam selama 15 minit.

2. Panaskan minyak dan dan letakkan daging dan bahan rempah. Gaul sehingga kering.

Alternatif lain yang saya cuba adalah perap semua bahan-bahan dengan ayam dan panggang guna oven pun boleh..tapi jangan lama sangat, 150C, 10 minit pun cukup memandangkan ayam memang dah masak. Cuma bila di 'roast' rasa lebih terangkat ehehe.






PENYEDIAAN SALATAH /SOS

Kisar semua bahan di bawah

4 biji tomato

4 cili merah

1 biji bawang besar

sedikit daun ketumbar

jus lemon, garam dan gula.



Kalau agak-agak tak lalu nak makan mentah, boleh la masak bahan-bahan sos ni. 

PENYEDIAAN SALAD

Campurkan bahan-bahan dibawah. 

2 Biji timun jepun  atau timun biasa 

1 biji capsicum ( ikut suka warna apa, nak campur kuning, merah dan hijau pun boleh, lagi cantik)

1/4 biji jus lemon

secubit garam 

2 sudu kecil minyak zaiton





Hidangkan bersama... (ini versi buat di rumah..sempena Hari Raya Aidiladha)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...baca doa dulu sebelum makan..hehe