Loading...

Tuesday, 18 December 2012

GULAI NENAS UDANG GALAH



Buat julung-julung kali teringin nak post resepi lauk. Maklumlah biasa masak lauk tiada sukatan yang tetap, tapi disebabkan saya sangat suka lauk ini, maka nak coret sikit bahan-bahan yang perlu.

BAHAN DAN CARA

1. Kisar 1 biji besar bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih
2. Hiris halia (sebesar 1 ibu jari) dan belah 1 cili hidup
3. 1 sudu besar jintan manis

--> Tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau

4. Masukkan 1 paket serbuk kari ikan/udang/ketam (saya guna adabi)
5. Masukkan 6 keping nenas yang telah dipotong separuh

--> Masak sehingga air nenas keluar dan sedikit lembut

6. Masukkan udang galah (saya masak lebih kurang 10 ekor)
7. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga pekat. (lebih kurang 1 cawan)
8. Masukkan garam secukup rasa
9. Masak sehingga mendidih sambil kacau supaya tak pecah minyak dan pastikan nenas dah lembut dan  
    udang pun dah masak.
10. Ok siap untuk dihidang.

(^_^ )v

No comments:

Post a Comment