Sunday 25 May 2014

CHOCOLATE BANANA CAKE


Rasanya dah lama juga tak buat kek..sempena birthday kakak sebenarnya bonda minta buat kek pisang sebab banyak sangat pisang kat rumah..tapi kakak suka kek coklat..maka saya gabungkan..kek coklat pisang..google recipe kt internet pun memang ada..

Bunyi macam 'complicated' tapi tak...maka langkah-langkahnya seperti di bawah...

BAHAN KERING

1 3/4 cawan 'all purpose flour'

1 1/2 sudu teh (tsp) baking powder

1 1/2 sudu teh (tsp) baking soda

3/4 cawan serbuk koko



-> Ayak dan gaulkan sehingga sekata..


BAHAN BASAH

1 cawan gula

2 biji telur

1/2 cawan susu

1/2 cawan minyak jagung/canola (light vege oil)

1 cawan pisang lenyek  (mashed)

1/2 cawan air suam

-->  Pukul dan gaul sehingga sebati

GABUNGKAN..

Masukkan sedikit demi sedikit adunan bahan basah ke dalam bahan kering..gaul sehingga sebati..

Masukkan ke dalam bekas kek yang telah dilapisi dengan mentega dan tepung..

Bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 180C. Selepas 25 minit mula periksa samada kek telah masak atau hampir masak..cucuk sedikit dan jika tiada apa yang melekat, bermakna kek telah masak.


CHOCOLATE GLOSS

Sebenarnya ada banyak cara..tapi saya ambil yang paling mudah iaitu

Cairkan 2-3 sudu besar mentega + Separuh Cooking chocolate bar + 1/3 cawan Susu Pekat Manis (Evaporated Milk)

Lagi besar kek lagi banyak kuantiti yang diperlukan.

Tuangkan chocolate gloss or chocolate ganache di atas kek yang telah sejuk sedikit.


Hmm...rasa-rasanya dah siap...



hehe menghias sesuka hati...takda seni langsung..

No comments:

Post a Comment