Sunday 19 October 2014

BANANA CHOCOLATE THEME... (GELATO AND BUNS)






Untuk post ke-90 ini, saya nak kongsi 2 resepi dalam 1 post..temanya adalah gabungan rasa yang lemak manis dari pisang dan coklat..resepi pertama adalah Chocolate Banana Gelato (% coklat lebih tinggi dari pisang) dan resepi kedua adalah Banana Chocolate Bun (% pisang lebih tinggi daripada coklat)..OAK LAH..JOM MULA...

CHOCOLATE BANANA GELATO (ICE CREAM)

1. Kisar semua bahan dibawah dalam blender..

2 pisang saiz besar..pisang montel pun boleh

1 cawan/cup whole milk

1/2 cawan brown sugar/ gula perang

1 sudu besar Isolated Soy protein (pengganti telur dalam resepi traditional gelato)

1/2 cawan serbuk koko

1 sudu teh agar powder sebagai penstabil

2. Cairkan atas api perlahan 100g cooking chocolate (coklat masakan) dengan 200 whipped cream..

3. Masukkan bahan yang dicarikan ini ke dalam blender..

4. Sejukkan ke dalam ruangan 'refrigerator'..selama sekurang-kurangnya 4 - 6 jam. 

5. Masukkan ke dalam Ice Cream Maker yang 'freeze bowl' nya telah disejukbeku kan sehari sebelumnya. 

6.  Ikut arahan mesin ais krim dan tunggu hasilnya...( mesin saya ambil masa hampir sejam juga)

7. Tuangkan ke dalam bekas dan sejuk bekukan selama semalaman...

8. Hasilnya adalah seperti gambar di atas..kalau suka nk letak topping kekacang atau biskut.ikut suka hati lah..

OK NEXT..

BANANA CHOCOLATE BUN..

1. Larutkan 11g yis dengan sedikit tepung dan tutup. Biarkan selama beberapa minit sampai yis berbuih..

2. Kisar / blend bahan-bahan di bawah :




2 biji pisang montel atau mana-mana pisang bersaiz besar

1/4 cawan gula perang

1/4 cawan susu tepung

1/4 cawan whole milk (saya pakai Marigold HL) 

1 sudu besar serbuk koko

1/4 cawan minyak jagung

3. Campurkan yis dan bahan basah yang dikisar dan diadun..

4. Masukkan ke dalam 3 cawan tepung dan gaulkan.. tambah sedikit tepung ( supaya tak melekit) dan uli sampai jadi doh..salutkan dengan mentega/minyak jagung..


5. Tutup doh dan biarkan lebih dari sejam sampai ia nak 2 kali ganda..




6. Cubit dan uli ikut saiz dan bentuk yang kita mahu..susun dalam bekas.



7. Tutup lagi sampai ia naik lagi..



8. Sapukan sedikit mentega / minyak jagung

9. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit..

10..Ok dah siap..



Wokeh..testing makan dengan bubuq jagung sat..sedap tau... hehe ^_^








1 comment:

  1. Assalam sis... Ada tak resepi utk cream gelato utk inti cream puff

    ReplyDelete