Loading...

Saturday, 14 July 2012

KUIH KETAYAP..



Kali ni nk buat kuih tradisional yg simple sikit....Kuih Ketayap..walaupun simple tapi perlu catatan untuk simpanan. Dalam internet ada banyak jenis resepinya, tapi yang ini resepi bonda..simple..(sudah ada 3 kali simple di situ).. ^_^

MULA2...BUAT INTI DULU..

1.  3/4 cawan Gula Melaka / *Gula Perang dengan sedikit air untuk larutkannya  bersama 1 helai Daun Pandan..<-- untuk wangi.

*better kalau yang gula Perang Malaysia, bukan yang macam brown sugar

2. Masak 1/2 biji kelapa parut dengan air gula tadi..Masak hingga kelapa parut dan gula sebati dan kering..ok dah letak tepi dulu. 

LEPAS ITU...BUAT KULITNYA..

1. Campur dan gaul kan bahan-bahan berikut:-

a. 1 biji telur
b. 3-4 sudu besar  gula
c. 1 cawan santan
d. 1/2 cawan tepung
e. Air pati pandan (1/4 cawan lebih kurang) / pewarna hijau (2 titik)
f. secubit garam (optional)

2. Panaskan pan atau kuali

Letak sikit minyak masak..guna daun pandan yang disimpul..

Tuang satu senduk ke dalam kuali dan layangkan (bukan terbang melayang..) atau pusing supaya adunan nipis dan rata membentuk bulat.

Masak dengan api perlahan dan perhatikan....bila tepi-tepi kepingan adunan dah terangkat sikit..alih kepingan itu. 

Bila kedua belah dah masak angkat dan letak ini..lepas tu..gulung..gulung..dan gulung lagi..

ok dah..siap tersedia untuk sarapan atau minum petang..lalala..



No comments:

Post a Comment