Sunday 12 August 2012

BLACK N WHITE CHOC CHIP COOKIES


Salam Ramadhan..hari ni dah masuk minggu terakhir, minggu depan dah raya..cepatnya masa berlalu..
Disebabkan raya pn dah dekat, maka teringin la nk buat biskut ini..yg dah lama berangan nak buat. tak sabar dan tak sempat nak cuti..berkobar sangat dah nak buat. Bukan la buat jual sakan cam orang lain cukup sekadar testing2 resispi.hehe.

Oleh kerana ada 2 species choc chip itam n putih kat rumah ni, maka terhasil la black n white choc chip cookies (tak da la black bebenor, hehe). Sambil tunggu last batch sdg membakar diri di dalam oven, nk tulis dulu la resepi simple ni. Choc chip cookies ni mmg ramai yg reti buat, tak susah pun tapi resepi nya ada macam2 variasi juga.

APA NK SEDIAKAN DULU...(BAHAN BASAH)

1. Pukul 2 Biji telur + 1/2 cawan gula pasir + 1/2 cawan gula perang. (hari ni saya pakai gula 3/4 cwn perang sahaja sbb nk less sweet).

2. Campurkan 3/4 cawan marjerin/ mentega + 1/2 cawan shortening ke dalam adunan tadi.

3. Gaul dan kacau sebati. (Boleh guna mixer atau kacau dengan tangan pun boleh)
* kalau ada vanilla or toffee flavor boleh add, tapi tak wajib..(my toffee flavor dh habis (._.")-

TEPUNG SUDAH DATANG....(BAHAN KERING)

4. Masukkan 3 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda + 1/2 sudu kecil baking powder + 1 sudu besar serbuk badam. (* mcm biasa, tepung + baking soda + baking powder digabung terlebih dahulu)
* kalau adunan tepung sukar nak 'bind' tambah dalam 1-2 sudu besar susu)

- Bagi adunan yang based nya coklat (hitam), cuma tambah 2 sudu besar serbuk koko.

AKHIR SEKALI

5. Masukkan choc chip ke dalam adunan..


DAH READY NAK BAKOR...

6. Bentuk bulat2..jgn besar sangat sebab dia akan kembang. Susun atas dulang pembakar yang dah sapu mentega. Kalau ada parchment paper, boleh guna juga.


7. Bakor lah selama 15 minit pada suhu 150-170C.

8. DAH SIAP...



Alah lupa nk sebut..satu adunan boleh hasilkan sehingga hampir 90 biji cookies.. lalala



2 comments:

  1. Lawa-lawa...
    Tak pernah terfikir guna white chips on chocolate dough. Oleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. hehe tq. ini pn kebetulan je sbb ada 2 jenis choc chips kn. skarang ni sudah ada choc chips yg belang2 lg means ada double white n choc dlm 1 chips hehe.

    ReplyDelete