Loading...

Sunday, 26 May 2013

SWEET SOUR FISH FILLET ^_^



Bagi memenuhi keinginan bonda yang nak makan sweet sour fish fillet yang macam selalu ada terhidang di kalangan lauk-pauk kenduri tu, maka ayahanda telah berusaha beli fish fillet di pasaraya 'gergasi' berhampiran..Seperti biasa tugas saya adalah jadikan ia kenyataan. Korek-korek resepi tnet dan cuba untuk customized resepi sendiri..

SEDIAKAN IKAN DULU...(up to you..)

1. Potong fish fillet ikut saiz sesuka hati. (2 -4 fillet)
2. Celup ke dalam campuran 3/4 cawan tepung beras + 1/4 cawan tepung gandum + sedikit serbuk kunyit + secubit garam
3. Goreng laa...





SEDIAKAN KUAHNYA..

1. 2 sudu besar cili kering yang dikisar
2. 1 labu besar bawang merah + 3 ulas bawang putih -> Dikisar bersama
3. 1/2 inch halia dhiris

-> Tumis sampai naik bau
-> Masukkan..

4. Hirisan lada benggala + nenas dipotong 3 segi kecil + 1 biji buah tomato dipotong 6
5. 3 senduk tomato sos + 1 sudu besar madu + garam secukup rasa + sedikit gula
6. carrot (kalau suka)

Masak la sehingga mendidih kuahnya..

Boleh tuang dan hidang...lala siap la untuk lunch atau dinner.. (tambah hirisan daun bawang dan tomato ceri untuk hiasa)..

Tadaa...










No comments:

Post a Comment