Loading...

Thursday, 2 May 2013

KUIH KOCI DENGAN INTI LEMPUK DURIAN


Setelah sekian lama tak main masak-masak kuih ni..dan setelah sekian lama juga angan-angan nak cuba buat kuih koci..my fav..walopn orang kata susah buat kuih ni..tapi apa salahnya kalau cuba kan..lagipun bonda cadangkan buat sesuatu yang baru pada inti koci ni.jom letak lempuk durian..Lempuk Durian?..hmm give a try lah kan..

Kuih koci ni banyak sangat step dia..walaupun percubaan pertama, hasilnya tak berapa comel..tapi nak tulis juga resepi yang dicuba kali ni..

NAK BUAT APA DULU..

Layurkan daun pisang atas api..tujuan nak bagi lembut dan senang bentuk. Poton lebih kurang 5 inci x 5 inci..agak2 je saiz nya..

SIAPKAN INTI

2 cawan kelapa parut

1 blok kecil gula melaka + 1/2 cawan gula pasir

2 sudu besar lempuk durian

Pintalan daun pandan (saje nak bagi wangi jer)

-> Cairkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih

-> Masukkan lempuk durian dan kacau

-> Masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati dan air gula mengering






DOUGH KOCI

2 cawan tepung pulut + 1/2 cawan tepung pulut hitam

1 cawan santan

Garam secukup rasa

Air secukupnya

-> Gaulkan adunan tepung pulut dengan garam

-> Masukkan dan santan dan air sikit demi sikit supaya semua sebati dan membentuk dough

* Tambah tepung pulut sikit demi sikit jika dough terlalu melekit dan sukar dibentuk



-> Ok..bentukkan mangkuk kecik dan masukkan inti..bentukan bulat comel jangan bagi inti keluar. 

* Pastikan tangan betul-betul kering..diulangi..betul-betul kering sebelum membentuk..untuk elak tepung melekat pada tangan..

* Sapukan sedikit minyak masak atas daun sebelum letakkan kuih atas daun untuk elak lekit dan lekat selepas masak. 



 TOPPING.. (topping lah sangat...)

Santan pekat dan sedikit garam digaul..dan dituang sedikit atas kuih koci yang dibentuk tadi..

Balut lah apa lagi..





KUKUS...


Kukus selama 15-20 min. Lihat warna daun berubah..












No comments:

Post a Comment