Saturday 28 September 2013

NASI ARAB KABSA



Hari ini dengan gigihnya pergi belajar cara-cara masak nasi arab ni di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi..known as masjid hijau. kelas ni anjuran biro wanita masjid tersebut..hehe (terasa macam mak budak plak join kelas masak biro wanita ni..kuikuik..)

Ok lah..resepinya adalah seperti berikut... (untuk beras 1 kg, 15 orang buleh makan..InsyaAllah cukup kalo sorang makan sepinggan aje)


MASAK NASI DAN LAUK NYA...

Bahan-Bahan dan cara-caranya..




1. Panaskan....

    4 sudu minyak jagung

    2 sudu besar vegetable ghee / minyak sapi.

2. Tumiskan sampai wangi....

  1 batang kulit kayu manis

  3 biji buah pelaga

  2 biji bunga cengkih

  1 sudu kecil lada hitam serbuk

  1-2 biji bawang besar (holland) dipotong dadu besar

  3 ulas bawang putih (potong dadu tapi halus skit)

3. Masukkan....dan goreng sebentar

    3 biji buah tomato dipotong dadu besar

    2 biji lemon hitam/kering (cuba cari di kedai arab) -> dicucuk di bahagian tengahnya

    1/2 sudu kecil serbuk saffron / bunga saffron kering

    2 sudu besar rempah Kabsa




4. Masukkan....

   7 cawan air panas dan 1 ekor ayam (belah 2 atau potong biasa) / 1-2 kg daging kambing..

  Masak hingga daging empuk dan tambah garam secukup rasa


5. Masukkan...dan kacau...(lawan arah jam dan jangan lupa Selawat kepada Rasulullah s.a.w--insyaAllah     makanan jadi berkat kepada orang yang makannya : D )

  2 batang carrot (diparut)

  1 biji Capsicum merah atau hijau (dipotong dadu)

  4 Biji cili merah (tak perlu potong) 

  1/4 cawan kismis



  6. Kacau sebentar dan keluarkan daging..
     Kemudian masukkan 1 kg / 6 cawan beras Yaman* yang telah dicuci, direndam 30 minit dan toskan.. 
      (*Yaman mari..katanya kalau beras basmati, mudah putus...katanya   Puan Demo) 




7. Kacau sebati...

Masukkan semula daging di atasnya.. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana sehingga nasi masak     dan air kering.







8. Gembur nasi...bila betul-betul masak selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur. 



    
    PENYEDIAAN SALATAH / SOS

      Kisar....

     2 biji tomato

    2 cili merah

    1/2 biji bawang besar

    sedikit daun ketumbar + perahan lemon + garam + gula 

   


PENYEDIAAN SALAD

  Campurkan...

  2 biji timun jepun 

  1 biji capsicum

   1/4 biji jus lemon

  secubit garam 

  1 sudu kecik minyak zaitun 

HIDANGKAN........

 Dah siap....SELAMAT MENCUBA.... \(^_^ )/


 

   










No comments:

Post a Comment