Loading...

Sunday, 29 September 2013

STRAWBERRY MUFFIN FULLY LOADED



Dah lama juga tak buat muffin..disebabkan ayahanda beli strawberry sampai 2 kotak..maka timbul idea untuk habiskan cepat..ye lah..mana tahan lama..maka eksperimen pun bermula..

BUAT JEM STOBERY..(malas eja heh )

250g buah stobery
1/2 cup gula perang
parutan kulit oren (1/2 biji)

Masak hingga mendidih dan air stobery berkurang..
Simpan dalam peti sejuk setelah jam dibiarkan sejuk




ADUNAN MUFFIN (American Muffin texture-padat sedikit dari English Muffin)

1. Ayak 2 cawan tepung gandum + 3 sudu teh baking powder (letak tepi dulu)

2. Pukul bahan-bahan berikut..

    1 biji telur

    1/4 minyak jagung /mentega cair

   1/2 cawan gula

    1 cawan susu /buttermilk

3. Masukkan tepung dan gaul dengan perlahan..(jangan pukul kuat nanti padat keras..)

4. Masukkan sedikit jem stobery

 
 
5. Masukkan dalam muffin cup separuh dari saiz bekas dan bakar pada suhu 160C selama 15-20 min.
   * letak ketulan stobery di atas adunan.








Boleh hasilkan sehingga 16 cawan muffin (jika saiz 70mm).. boleh buat untuk sarapan dan minum petang...lalala ^_^




No comments:

Post a Comment