Loading...

Wednesday, 2 January 2013

LEMON OREO SWISS ROLL



Sebagai pembuka tahun baru 2013, rasa teringin nak lakukan satu inovasi kepada swiss roll supaya ada kelainan sikit..lembut di luar, rangup di dalam. Maka dengan menggunakan segala bahan-bahan yang sedia ada di rumah. terhasil lah resepi merepek saya..Lemon oreo swiss roll.

Sekejap je nak buat sempat lagi buat selepas breakfast awal pagi 1 Jan 2013..Maka bahan-bahan dan caranya adalah seperti di bawah..

A. Mula-mula..prepare adunan swiss rollnya..

1. Campur dan adunkan bahan-bahan basah berikut sampai sebati

3-4 biji telur
1/3 cawan gula castor
1 sudu teh ovalette
1/3 minyak jagung/bunga matahari (minyak yang light)
2-3 sudu besar perahan lemon bersama sedikit parutan kulit lemon

2. Masukkan bahan kering di bawah dan adunkan lagi sampai sebati (tekstur memang agak cair banding kek biasa)

1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder

3. Memandangkan saya nak rupa atas swiss roll ni kelihatan cantik sikit maka saya guna teknik marble.
Caranya 1/4 daripada adunan tadi ditambah 1 sudu besar serbuk koko

4. Tuangkan adunan utama tadi sehingga rata dan diikuti adunan yang telah dicampur serbuk koko di atas baking pan yang telah dilapik dengan parchment paper. Pepandailah buat corak ~~~


5. Bakar selama 15 minit pada suhu 150C di dalam oven yang telah dipanaskan selama 5 min. (jangan terlalu nampak keperangan)


B. Inti (filling lemon oreo)

Untuk buat krim, formula sama macam sebelum ini.

1. Pukul 1/4 cawan shortening + 1/3 cawan mentega + 1/3 cawan gula icing + 1 sudu teh perahan lemon. Kalau nak lagi 'kick' tambah dalam 1 sudu besar atau guna flavor lemon terus (tapi saya prefer lemon fresh)

2. Masukkan 1/4 cawan susu dan pukul lagi sampai jadi tekstur krim.

3. Tambah sedikit parutan kulit lemon dan oren

4. Hancurkan biskut oreo. (kalau nak ramas biskut ni masa tengah geram, memang ok lah sangat hikhik)

5. Terbalikkan swiss roll supaya permukaan atas yang cantik berada di bawah (terbalikkan dengan hati-hati dengan menggunakan parchment paper yang baru dan sama saiz dengan paper yang digunakan untuk 'bake' tadi).

6. Sapu krim dengan rata ke seluruh permukaan bawah yang dah terbalik tadi dan taburkan oreo hancur secara barisan selang-selang seperti gambar di bawah ni.


7. Gulung dengan hati-hati dan ketat supaya swiss roll tidak patah (swiss roll adalah sangat lembut). Simpan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 1/2 jam supaya swiss roll dilekatkan dan mampat bersama filling tadi. 


8. Tadaa.. dah siap dan boleh potong dan makan lah.

Kalau takda lemon, boleh juga guna oren bagi yang suka perasa citrus, atau ikut lah perisa apa yang anda suka. lalala (^_^)v

No comments:

Post a Comment