Saturday, 22 March 2014

DATES BUN / ROTI BUN KURMA


Sejak akhir-akhir ini, ayahanda dan bonda memang gemar betul dengan roti kurma yang dijual di kedai arab berhampiran dengan rumah ni. Maka saya pun teringin la juga buat yang lebih kurang sama..roti kurma tu ada bijan..saya pun nak tabur bijan juga hehe..

Sebelum mula membebel dengan resepi, nak coret sikit khasiat kurma yang terlalu banyak..dah tentulah kurma ni banyak kebaikannya, ia makanan sunnah Rasulullah s.a.w.

Antaranya yang disebut dalam Surah Maryam ayat 25: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan kepadamu kurma yang masak". Daripada ayat ini Allah s.w.t memerintahkan Sayydatina  Maryam untuk memakannya sedang beliau dalam keadaan selepas bersalin. khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium juga baik untuk ibu yang sedang menyusu, juga bermanfaat untuk pembentukan darah dan perkembangan kanak-kanak. 

Kurma mengandungi 1.8 - 2.0 % protein, 2.0 - 4.0% serat dan 50-57% glukosa dan pantas diproses untuk membekalkan tenaga. Nak cerita pasal kurma ni memang tak sudah-sudah. Kalau nak tahu lebih banyak khasiat kurma..jangan lupa 'search' ya..hehe..

RESEPI DAN LANGKAH-LANGKAH..

1.  KURMA PASTE

1 cawan kurma yang dibuang biji 
4 sudu besar air.



Masak sehingga kurma jadi hancur dan membentu paste. 


 2.  MEMBUAT DOH (DOUGH) ROTI

BAHAN BASAH

1 sudu teh yeast segera dilarutkan bersama sedikit tepung dan gula dengan air suam.
Tutup dan biarkan sampai ia berbuih (yeast dah hidup)

Pukul bahan-bahan di bawah sehingga kembang

1 biji telur
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan minyak canola
1/2 cawan susu (buttermilk kalau ada)

BAHAN KERING

Ayak  dan gaul bahan-bahan di bawah..

3 1/2 cawan tepung gandum putih (all purpose flour)
3 sudu besar Isolated soy protein (optional)

MULA BUAT DOUGH

Gaulkan bahan kering ke dalam bahan basah sehingga sebati
Tambah 2 cawan lagi tepung wholemeal dan gaul sampai terbentuk 'dough'
Uli tepung dengan menolak dan melipat dough (haha taktau camna nak explain menguli tu camna)
Tutup dan biarkan selama lebih dari sejam sehingga dough naik 2 kali ganda.




3. MEMBENTUK BUN 


Ambil sedikit dough, leperkan dan letakkan ini kurma paste di tengah 


Tutup dan uli dough sehingga jadi panjang dan buat bentuk


Untuk buat bentuk seperti di bawah, guntingkan di bahagian hadapan dan taburkan biji bijan ( rupa ini adalah seperti yang terdapat di kedai Arab di rumah..hehe)


Juga boleh buat bentuk sperti di bawah..caranya..
i) Selepas menutup inti...uli supaya bentuk menjadi sedikit panjang..
ii) Turis sedikit dough aras memanjang
iii) Pintalkan dough dan gulungkan ke dalam supaya terbentuk bulat.


Letakkan di atas dulang pembakar yang telah di 'gris' (spray atau disapu dengan sedikit marjerin)

Sapu sedikit dengan mentega pada permukaan roti


4. JOM MEMBAKAR... pada suhu 160C selama 15-20min

Sapukan dengan sedikit mentega ketika panas supaya roti nampak sedikit berkilat





Saturday, 22 February 2014

ROSSELLE CAKE


Beberapa minggu lalu...kawan ayah saya yang ada kebun kecil pokok rosselle ada bagi jus pekat dan jam rosselle yang home made..hmm..Apa itu rosselle?...di bawah adalah simple search yang telah saya buat..nak buat literature review? kirim salam lah...hihi


Sumber gambar : dari internet

Rosselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdarifa, adalah species Hibiscus yang digunakan untuk pengekstrakan serat dari tumbuhan. Pokoknya mampu tumbuh dengan ketinggian sehingga 2 - 2.5 m, dengan saiz bunga 8- 10cm diameter, bermula daripada warna putih ke kuning pucat dengan sedikit tompokan merah gelap di setiap kelopak dan berkembang menjadi warna merah terang apabila buah telah matang. Ia mengambil masa 6 bulan untuk matang. 

Diringkaskan sebahagian kandungan dari sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Rosselle_(Plant)



Hibiscus Sabdariffa L. (English: Rosselle, Red Sorrel ; Arabic : Karkade), calyx (kelopak) digunakan secara meluas di serata dunia untuk menghasilkan minuman yang sejuk atau panas. Ia yang kaya dengan asid askorbik (Vitamin C) diekstrak untuk membantu dalam merawat tekanan darah tinggi, penyakit hati dan juga demam.

Sumber: Anthocyanin and antioxidant capacity in Rosselle (Hibiscus Sabdariffa L.) Extract. 
Pi-Jen Tsaia, John McIntoshb,Philip Pearceb, Blake Camdenb, Brian R Jordanc. 2002. Food Research International, Vol 35 (4).

Bunga Rosselle mengandungi 'dietary fiber' sebagai  komponen paling tinggi (33.9%) dan kaya dengan Polyphenol (6.13%).  66% daripada jumlah ekstrak polyphenol yang terkandung dalam bunga Rosselle dipindahkan ke minuman dan menunjukkan kapasiti antioksida sebanyak 335 mol trolox equivalents/100ml minuman yang dianalisa dengan ABTS (3-ethylbenzothiazoline-6-sulphonic acid). 

Sumber : Dietary Fiber Content and Associated Antioxidant Compunds in Rosselle Flower (Hibiscus sabdariffa L.) Beverage. onia G. Sáyago-Ayerdi Sara Arranz José Serrano  and Isabel GoñiJ. Agric. Food Chem.2007, 55 (19), pp 7886–7890. 

Alamak aih..teknikal ilmiah la pulak..Ini bukan penulisan journal..jadi harap tiada isu 'plagiat' di situ..hehe jadi saya cuma kongsi sedikit sahaja sebahagian maklumat yang berkaitan. Boleh terus 'search' untuk info lanjut...

Ok Sekian saja sedikit ilmu di atas. Di bawah pula resepi yang saya try en error..

GENG TEPUNG:

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder

GENG BAHAN BASAH 

1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula

Pukul hingga jadi krim..

Masukkan...

 1 biji telur 
 1/2 cawan susu

Pukul lagi sampai sebati


Bahagikan adunan kepada 2..keluarkan sedikit adunan ikut suka banyak mana.

Baki adunan dicampurkan 2-3 sudu besar jus rosselle pekat (kalau yang bukan home made, di pasaran jga ada dijual. Rasa sama macam ribena

Masukkan jem rosselle yang mempunyai sedikit kelopak2 nya..

Masukkan ke dalam bekas cupcake/muffin atau tuang kan ke dalam bekas kek. 


Bakar selama 30 minit pada suhu 160C. 

Di bawah adalah hasilnya step by step setakat yang saya terfikir nak ambil foto. 









hmmm..kalau tak silap..ini resepi yang ke 80 saya uplaod..rest lah sekejap...hehe ('_^ )v

Monday, 27 January 2014

STRAWBERRY , WALNUT SCONES



Rasanya dah cuba beberapa species 'baked goods'..kek, muffin, tart/pie, roti, biskut, cobbler, brownies..apa lagi nak eksperimen ni...hmmm..nak try scone la pulak...rasa macam antara roti ke biskut gitu...ia bukan jenis yang 'turn out' nice n comel...ia agak merekah di sana sini..

Cara nak buat tak ambil masa yang lama pun, tak sampai 1 jam dah boleh siap masak..ideal untuk sarapan atau minum petang..sekali sekala tukar menu..bahan yang diperlukan pun tak berapa banyak..cuma strawberry dan walnut tu saje tambah memandangkn ia perlu digunakan sebab simpan tak tahan lama...

Maka di bawah ini step by step recipe yang saya follow dr you-tube...(setelah melayan beberapa video, baru pilih dan buat conclusion)

BAHAN-BAHAN KERING

Campur dan gaul rata bahan-bahan di bawah..

2 cawan tepung gandum (all purpose flour)
2 sudu kecil baking powder
1/4 cawan gula (saya campur dengan borwn sugar sikit)
1 sudu besar isolated soy protien (tak perlu pun takpa)

Gunakan pengisar atau ramaskan dengan tangan sehingga adunan menjadi sedikit 'crumble'



BAHAN-BAHAN BASAH

1 biji telur dan 1/2 cawan susu --> dipukul

Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul..

Masukkan strawberry dan kacang walnut (dikisar)

Tambah tepung sikit demi sikit dan gaul supaya membentuk 'dough'.







Tekap guma 'ccokie cutter' untuk membentuk..

Gunakan tapung sehingga habis. 

 Letakkan di atas dulang pembakar yang telah di sapu minyak/mentega/guna parchment paper




Bakar pada suhu 150- 170C selama 20-25min sehingga kelihatan kekuningan dan kembang naik....




hmmm..panas-panas best kalau sapu mentega atau jam dan peanut butter ^_^


feeling hias ala 5 star kononnye..berangan je ni ehhe circled by melted choc n rosselle sauce...lalalla...

Wednesday, 15 January 2014

HONEY CINNAMON WHOLEMEAL BREAD



Dah lamaaaa sangat teringin nak buat roti wholemeal ..kegemaran bonda. Cari punya cari jumpa juga tepung wholemeal...tak sabar nak cuba..nak buatnya hujung munggu tapi setiap hari dok berangan menghitung hari tunggu weekend. Ok hasil mengorek resepi dalam buku dan u-tube..saya gabungkan dan cuba resepi di bawah.

Saya buat roti kaedah kuno..tak pakai mixer bagai..maka cara saya beginilah..

Mula-mula...

BAHAN BASAH

1 sudu teh yeast segera dilarutkan bersama sedikit tepung dan gula dengan air suam.
Tutup dan biarkan sampai ia berbuih (yeast dah hidup)

Pukul bahan-bahan di bawah sehingga kembang

1 biji telur
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu (buttermilk kalau ada)
4 sudu besar madu dilarutkan dengan 1/2 air suam (tapi ambil 1/4 cawan sahaja, simpan lagi 1/4 cawan air madu untuk sapu pada roti sebelum bake)

BAHAN KERING

Ayak  dan gaul bahan-bahan di bawah..

1 1/2 cawan tepung gandum putih (all purpose flour)
1 cawan tepung wholewheat/wholemeal
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder) --> kalau tak suka tak perlu letak. saya suka supaya bagi aroma yang wangi
3 sudu besar Isolated soy protein (optional)
1 sudu teh baking powder (optional)

MULA BUAT DOUGH

Gaulkan bahan kering ke dalam bahan basah sehingga sebati
Tambah 2 cawan lagi tepung wholemeal dan gaul sampai terbentuk 'dough'
Uli tepung dengan menolak dan melipat dough (haha taktau camna nak explain menguli tu camna)
Tutup dan biarkan selama lebih dari sejam sehingga dough naik 2 kali ganda.


sebelum (separuh bekas)


selepas (dah penuh bekas)

Mula membuat bentuk selepas uli sedikit lagi.

Susun atas dulang pembakar dan sapukan lebihan air madu atas permukaan roti..

Bakar lah 160 - 180C selama 15 -20 minit. 






 Koyak sikit..Makan panas-panas dengan mentega..memang syok.. ^_^

Tuesday, 14 January 2014

STIR FRIED VEGERONI PEPPERONATA



First time ayahanda beli vegeroni spirals..tak tau nak buat apa. tengok belakang packet ada resepi Vegeroni Pepperonata..maka kita modify lah sikit apa bahan yang ada di rumah. Tapi apa yang saya taip di bawah akan termasuk bahan-bahan asal yang patut ada, juga ditambah sikit bahan-bahan lain yang saya tambah..hehe


BAHAN UNTUK SAUTE' (TUMIS SIKIT)

1) Rebus 1 paket (375g) vegeroni spiral  kejap (jangan sampai hilang warna)


(gambar di atas sumber internet, saya lupa amik gambar sendiri)

* saya telah rebus agak lama sehingga warna pudar..sebab lalai..huhu.


2) Cincang bahan-bahan di bawah

1 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1 lada benggala (campsicum) tak kisah la warna apa.
1 biji cili merah (cili hidup)

Tumis kejap guna 2 sudu besar minyak zaitun.

3) Masukkan 2 sudu besar tomato puree + 4 sudu besar pasta sauce (saya guna sos prego perisa original) + 1/2 bijit tomato dipotong dadu + garam secukup rasa

4) Tambahkan ayam yang dipotong kecil, masak sehinga daging menjadi sedikit putih. Ini diikuti oleh udang (ikut suka banyak mana) dan kepingan potongan 2 sosej ayam
*sebenarnya pepperonata tiada daging atau protein..ini cuma tambahan untuk rasa lauk di dalamnya.

5) Bila ayam dan udang telah masak, tambahkan parutan carrot (1/3 bahagian) dan hirisan batang celery (1 batang)

6)   Masukkan Vegeroni yang telah direbus dan ditapis. Gaul rata bersama sedikit serbuk lada hitam, oregano dan thyme. Tambah garam jika rasa agak tawar.

7) Tak perlu masak lama-lama. Bila selesai digaul rata bersama sauce dan bahan-bahan lain, boleh tutup api dan hidangkan. (hasilnya adalah seperti gambar di atas, tapi warna asal dengan warna dalam gambar mungkin sedikit berbeza).







OREO, KITKAT AND M&M'S MUFFINS...



Sempena tahun 1 Jan 2014 yang lalu..teringin gak nak buat 1 idea yang gila2..hasil inspirasi melayang gambar2 'baked goods' di Instagram..ehehe. hanya guna adunan muffin yang basic tetapi menambah sedikit kelainan..

ADUNAN MUFFIN

1/3 cawan mentega + ¾ cawan gula --> dipukul sehingga menjadi krim

Masukkan..bahan-bahan di bawah dan pukul lagi.
1 biji telur
½ cawan telur

Masukkan dan gaul sehingga sebati bahan-bahan kering di bawah. 

 1 ½ cawan tepung gandum (All purpose flour)
1sudu teh baking powder
1sudu teh baking soda

Tambahkan bahan-bahan seperti di bawah...


Biskut Oreo, kit kat, M&M yang telah dihancurkan..








Masukkan ke dalam bekas muffin dan sedia untuk dibakar..




 


Bakar pada suhu 160C-180C selama 15-20 minit. (periksa dari masa ke semasa)