Thursday 15 November 2012

COFFEE SWISS ROLL WITH STRAWBERRY FILLING.. ^_^


INTRO SIKIT DULU..

Hmmm..bila tengok gambar swiss roll dengan bermacam perisa dan inti..teringin nak buat juga secantik dan nampak sedap macam dalam gambar..Dah lama betul berangan nak buat swiss roll ni..tangguh punya tangguh akhirnya tercapai gak angan2 ni. Cara pembuatan swiss roll dengan teknik tradisional adalah agak rumit (rumit bagi saya), di mana telur putih dan telur kuning dipukul secara berasingan dengan gula, campuran telur kuning dan gula tadi, dicampur dengan tepung, minyak sayuran dan bahan-bahan yang berkaitan seperti perisa, kemudian barulah dimasukkan telur putih dan gula yang dipukul kembang itu. (bila sebut pukul/putar = gunakan hand atau stand mixer). Kalau berminat nak tahu teknik tradisional ni boleh tengok je u-tube, dimana omputih yang buat homemade baking akan selalunya guna bahan asli instead of ramuan komersial untuk percepatkan masak.

TESTING GUNA PRODUK RAMUAN KOMERSIAL

Tapi dengan menggunakan satu jenis ramuan komersial iaitu ovalette, cara membuatnya boleh shortcut. Tapi...pastikan ovalette yang dibeli adalah halal ya..pilih label produk yang bukan sahaja ada logo JAKIM (ada no. siri lebih terjamin InsyaAllah) tapi label yang juga ada bahan-bahan asal ovalette. Ini mungkin jaminan yang pengilang tidak menipu pengguna 100%. ovalette yang tidak halal atau shubhah mungkin menggunakan pengemulsi daripada sumber haiwan. Yang sebenarnya ada banyak lagi ramuan komersial seperti ini yang jatuh dalam kategori syubhah antara yang sering digunakan adalah bread improver, dough softener, cream of tartar, emplex (maaf kalau salah eja hehe ) dan macam-macam lagi. Bahan-bahan dalam ramuan ini biasanya terdiri daripada enzim, pengemulsi dan penstabil yang tidak jelas/pelbagai  sumbernya. Search dan gali menggali lah lagi jika nak tahu lebih lanjut. Jika berkesempatan, saya akan usaha sekadar termampu untuk mencari info dan muatkan dalam blog ini.

Owh.. dah terkeluar topik pula.. lets start..

A. ADUNAN SWISS ROLL (coffee flavor)

1. Pukul bahan-bahan berikut sehingga kembang..

- 4 biji telur
- 1/3 cawan gula castor
- 1 sudu kecil ovalette

2. Masukkan 1 sudu kecil coffee emulco dan pukul lagi.

3. Masukkan pula lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan minyak jagung dan pukul (putar) lagi sehingga kemban

4. Akhir sekali masuk 1/2 cawan tepung yang diayak bersama 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh baking powder pukul lagi sampai kembang dan adunan agak cair

5. Tuang ke dalam bekas pembakar yang dilapisi 'parchment paper' (sukar juga nak cari kalau bukan di kedai jual alat bakeri). 


6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakor lah..selama lebih kurang 15 minit dengan suhu 150C. 


orait dah siap!! biarkan sejuk sebentar. Sementara tunggu boleh sediakan inti. 

B. FILLING

Cara membuat krim ada pelbagai cara tapi respi yang saya pilih adalah seperti dibawah:

1. Pukul hingga kembang 1/4 cawan shortening + 1/3 cawan mentega + 1/3 cawan gula icing + 1 sudu teh perahan lemon (perasa asli lebih sedap)

2. Masukkan 1/4 cawan susu (guna whipped cream jika ada) sikit demi sikit sehingga hasil akhir jadi begini (nampak ke?)..

Now you can feel the filling...................


3. Potong buah strawberry kecil-kecil. Kurangkan air pada buah yang tekah dipotong dengan menapis. Kandungan air pada buah boleh burukkan rupa inti swiss roll dan juga cepat menyebabkan dia basi. 



C. MASA UNTUK MENGGULUNG DAN MENGGULING.....

1. Setelah kek swiss roll sejuk, Letakkan parchement paper di atas dan terbalikkan. Ini supaya permukaan yang agak kasar diletakkan krim, manakala permukaan yang licin berada di bawah supaya bila gulung nanti, permukaan licin berada di atas. (issy payah benar nak terangkan). 

2. Sapu krim dengan rata dan susun buah begini. Pastikan tiada barisan buah pada lipatan terakhir.


3. Gulung dengan hati-hati dan kejap kerana terkasar sedikit boleh pecahkan lapisan kek. (sebab tu roll saya ni tak berapa nak roll :P) * Gulung bersama parchement paper supaya ia kek mudah dibentuk dan boleh disimpan. 

4. Lepas gulung dan guling, simpan ke dalam peti sejuk lebih kurang sejam supaya krim tadi boleh beku dan jadi seperti gam pada swiss roll. 

5. Last but not least...potong dan makan la.. \(^.^)




Angan-angan seterusnya adalah membuat swiss roll dengan perisa pandan, sapu jem dan kelapa kering (desicated coconut) di dalam. Dengan harapan bonda yang tak suka krim akan suka swiss roll versi sapu jem..InsyaAllah akan usaha juga buat nanti..(^_^)/ daa...

No comments:

Post a Comment